Sunday, July 11, 2010

FAMILY DAY FELCRA BHD. DI SUNWAY LAGOON PART 1

Family Day FELCRA Berhad telah diadakan pada 11 Julai, 2010 (Ahad) bertempat di Sunway Lagoon Theme Park bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Tema yang dipilih oleh Pihak Pengurusan ialah 'Jom Santai'. Lebih dari 1,000 orang iaitu terdiri dari staf dan keluarga masing-masing hadir dalam program ini.

Acara bermula dengan pendaftaran masuk, diikuti dengan sarapan pagi, bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Pemangku CEO. Pihak Sunway Lagoon telah menyediakan satu persembahan Tarian Hawaii yang sungguh mempersonakan dan telah memikat hati semua para penonton yang hadir.

Selesai persembahan tarian, maka bermulalah acara Telematch yang telah disediakan oleh pihak Sunway Lagoon untuk kanak-kanak dan juga dewasa iaitu sukan Fast N Fishy diikuti oleh Fun Hole, Gorilla Walk, Floating Beach Ball, Trick Walk, Rescue 911, Musical Tube dan Wet N Wild. 

Cabutan bertuah juga telah dibuat secara berperingkat-peringkat dengan hadiah-hadiah yang lumayan seperti sijil simpanan premium bernilai RM200, barang-barang elektrik yang bernilai tinggi dan tidak ketinggalan juga 'gadget' yang digilai oleh para remaja masa kini.

Selesai makan tengahari maka bermulalah acara yang dinanti-nantikan oleh semua staf dan keluarga iaitu acara bebas yang tidak dapat di nyatakan secara terperinci disini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan oleh semua staf kepada Pihak Pengurusan Tertinggi yang sudi mengadakan Family Day ini, begitu juga ucapan tahniah kepada pihak KESURA terutama para-para EXCO dan para-para petugas sukarela yang dapat mengendalikan program ini dengan jayanya, dan tidak lupa juga kepada para-para penyumbang hadiah. Budi baik dan jasa tuan-tuan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Bahagian kedua artikel ini akan diterbitkan beserta gambar-gambar acara sukan, acara bebas dan pemandangan yang sempat di rakamkan di dalam Sunway Lagoon Theme Park ini.

1 comment:

  1. t-shirt tu siapa yang sponsor..lepas tu bolehla bergaya...asalkan free (pinjam kata2 mek dah)

    ReplyDelete