Thursday, January 13, 2011

CERITA HANTU




Seumur hidup, aku tidak pernah berjumpa dengan hantu atau diganggu olehnya, mimpi pun rasanya belum pernah lagi. Semenjak aku bersekolah rendah aku memang minat membaca buku cerita hantu tapi sekarang dah berkurang, bukan disebabkan aku tiada masa untuk membacanya tetapi buku-buku kisah seram yang berlambak dipasaran sekarang semuanya cerita merapu yang direka-reka untuk menakut-nakutkan pembaca. Buku-buku kisah seram yang pernah aku beli masih tersimpan elok di dalam almari sehingga kini. Siap balut dengan plastik lagi....



Buku kisah seram ini sangat popular.
Aku suka dengan jalan ceritanya kerana
tempat-tempat yang dikaitkan dengannya adalah
terletak di negeriku iaitu Negeri Perak.
Kebanyakan tempat yang diceritakan semuanya aku dah sampai.


Novel pun aku layan jugak...

Cuba perhatikan gambar ini...
nampak macam 'hantu' kat belakang tu...
kalau tidak, takkan 3 orang wanita tu terpegun melihatnya...
Gambar dirakam semasa aku bercuti bersama
keluarga di salah satu tempat mandi manda yang popular.
Double click untuk kelihatan lebih jelas.

Semasa kami adik beradik masih kecil, arwah ayah selalu bercerita kisah hantu kepada kami berdasarkan pengalamannya sendiri. Ceritanya selalu segar bukan kisah-kisah rekaan. Ini kerana arwah ayah selalu bertugas sehingga larut malam menjaga bangunan-bangunan lama atau rumah banglo yang ada di Bandar Taiping yang kebanyakan adalah tinggalan dizaman British dahulu.

Jiran kami pula (ketika aku sekolah menengah tahun 1980an dahulu) dikatakan ada membela 'hantu raya'. Satu hari ketika ia nazak, keluarganya ingin mencari seseorang yang boleh mewarisinya bagi membolehkan ia cepat mati . Oleh kerana keluarga kami sangat rapat dengan keluarganya maka mereka ingin melepaskannya kepada ayah dan meminta ayah datang kerumah mereka. Nasib baik ayah mengetahui tujuan mereka menjemput datang kerumah pada malam itu dan ayah enggan pergi. Selepas ia mati, ramai yang masih berjumpa dengannya seolah-olah ia masih hidup.

Walaupun aku ingin mengelak dari mendengar cerita-cerita hantu, tapi aku tidak boleh lari darinya kerana ia tetap diceritakan sampai bila-bila.

Ketika aku menaip artikel ini, jam telahpun menunjukkan pukul 11.35 malam, Anak-anak semua dah tidur manakala isteriku pula sedang melayan siaran TV (drama Melayu la tu..) lampu semua telah dipadamkan melainkan lampu tidur.....Tiba-tiba aku terasa macam ada orang duduk dibelakangku...dengan serta merta bulu roma ku meremang...

tapi tak kisahlah sebab dia pun makhluk Allah jugak , sekurang-kurangnya aku ada la teman...

12 comments:

  1. Boleh baca cerita hantu sebagai hiburan tapi jangan berakidah kepadanya.

    Sesat dan menyesatkan.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....

    Saya mempunyai beberapa pengalaman terlihat kelibat pelbagai warna (selalunya hitam) atau jelmaan makhluk dalam keadaan tertentu. Biasanya ia berlaku tak lama. Antara sebab berlakunya penampakkan ialah kita pergi atau masuk ke sesuatu kawasan yang sudah lama tidak dikunjungi orang,maka sudah ada "makhluk halus" yang mendiaminya dan sememangnya kawasan yang kita pergi itu adalah penempatan kaum2 jin.

    Antara pengalaman yang mengerikan saya ialah susuk tubuh menyerupai pontianak mengelilingi tempat tidur saya semasa saya masih kanak2.., kain putih yang terbang ke arah saya dalam beberapa saat dan hilang tiba2 (masa itu tak ada angin langsung), lembaga hitam muncul seketika di sudut gerai tempat saya berniaga...

    Syaitan dan jin mampu untuk berubah bentuk untuk menzahirkan diri mereka ke alam dunia yang fana ini atas izin Allah SWT.... Maka mintalah perlindungan dari Allah SWT bagi mengelak dari berlakunya gangguan dan "isikan" diri dengan ilmu agama... insya Allah kita selamat dari bahaya dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  3. tp kalau sapa yg membaca dan plzzz perhatikan betol2 di belakang abg yg tengah pegang Belon tu..ade nmpak ape2 x.?? kalau ade plzzz comment.. sbnya saya nk bg tahu smua ni bkan hantu hnya rekaan semata2.. pcaya lah.. !!!

    ReplyDelete
  4. Belakang tu perempuan yang tengah menadah kepala dia kat air terjun..perempuan tu pki tudung..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...

    Terima kasih kepada pembaca yang memberi respond keatas artikel ini.
    Sesiapa yang ada pengalaman berjumpa atau diganggu hantu, bolehlah berkongsi pengalaman mereka dan kirimkan artikel ke email saya untuk diterbitkan ke dalam blog ini....

    Terima kasih....

    ReplyDelete
  6. aku pernah satu ketika pinggul aku di sentuh sebanyak beberapa kali.. sebaik sahaja aku menoleh ternampak sahabatku yg selama ini aku hormati kerana di kalangan sahabat2 lain dia bersifat penuh keimanan... rupa2 nya seorang gay... namun sehingga sekarang aku memikirkan... bagaimana pinggul aku boleh di sentuh sedangkan jarak dari tempat aku mandi jauh dari apa2 barang dan sukar untuk menyentuh aku... setelah bertengkar dan bertumbuk tumbukan baru aku mengetahui yang dia selalu mengendap apabila sedang mandi.... allah s.w.t sahaja yang tahu bagaimana pinggul aku seperti di sentuh beberapa kali... subahanallah...

    ReplyDelete
  7. nak di percaya memang xblh sangat,tpi nyata nya memang benda mcm ni ada di sekitar kte..apa yang penting kuat kan iman kte agar kite tidak di pesong kan oleh niat nye yang sememang nya nak kte lagi sesat..insyaallah kte selamat.

    ReplyDelete
  8. kenapakah hantu wujud, ia nak kawan dgn kita ke atau dia keseorangan atau sunyi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hantu adalah istilah yg orang Melayu guna...Yg sebenarnya ialah Iblis, Jin dan Syaitan. Kisah bermula dengan kesombongan Azazil, ketua Para Malaikat di Syurga. Azazil tidak mahu hormat (sujud) kepada Nabi Adam kerana Adam dicipta dari tanah sedangkan Malaikat dari Cahaya.

      Di atas kesombongannya itu ia diusir dari syurga dan diberi gelaran Iblis. Dia bersumpah akan mengganggu dan menyesatkan manusia sampai hari kiamat.

      Jadi soalan dari Tazihan kenapa hantu nak kawan dgn kita? jawapannya sebab ia hendak menyesatkan kita dan sama2 masuk neraka bersamanya.

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum En. Zairul...Tq kerana sudi baca blog. Berkenaan buku yg tuan minta tu akan saya usahakan dan akan hubungi tuan nanti. Tkasih...

    ReplyDelete