Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.
Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.
Di pihak Syarikat, program ekspidisi ke Tasik Kenyir ini telah dirancang pada pertengahan tahun 2010 lagi oleh KESURA. Walaubagaimanapun disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan maka ianya terpaksa ditangguhkan ke bulan Januari 2011 ini.Ekspedisi ke Tasik Kenyir ini adalah ekpedisi kali ke 3 diadakan dan disertai oleh seramai 61 staf terdiri dari 51 lelaki dan 10 wanita dari berbagai peringkat umur semuda 22 tahun sehingga ke 50 tahun.
Ustaz@Cikgu Nasaruddin Omar dan Ustaz Mansuruddin Ibrahim turut diundang sama didalam ekspidisi ini untuk memberi kuliah dan memimpin solat.
- Tarikh didalam gambar hendaklah dibaca sebagai berikut : 14/1/2011 (selepas pukul 12.00 malam hendaklah dibaca sebagai bertarikh 15/1/2011 dan begitu juga 15/1/2011 (selepas pukul 12.00 malam dibaca sebagai bertarikh 16/1/2011. (Setting tak betul).
Gambar-gambar pada 17/1/2011 tidak dapat dirakam kerana 2 biji bateri kamera telah weak.
14/1/2011
- 10 pm : Bertolak dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur
15/1/2011
- 12.15 am : Singgah makan di R&R Gambang
- 4.48 am: Singgah di Jeti Gawi (tersilap kerana kami kena naik melalui Jeti Empangan Jenagor)
- 6.04 am : Sembahyang subuh di Masjid Kg. Telaga, Hulu Terengganu
- 6.56 : Sarapan pagi di gerai Kg. Telaga hingga jam 7.30 am
- 7.58 am : Tiba di pintu masuk Tasik Kenyir (Menunggu kedatangan petugas boat, dan pendaftaran masuk)
- 8.30 am : Tiba di Jeti Empangan Jenagor
- 9.15am : Taklimat oleh Pengurus House Boat
- 9.30 am : Semua peserta bergerak menuju ke bot masing-masing
- 10.15 am : Bot mula bergerak meninggalkan jeti
- 1.30 pm : Tiba di Kuala Petang, boat berlabuh dan makan Tengahari
- 2.00 pm : Bot bergerak ke Sg. Terengang, Taman Negara
- 4.20 pm : Tiba di Sg. Terengang, Taman Negara, bot berlabuh untuk bermalam
- 5.00 pm : Masa dihabiskan untuk mandi manda di Sg. Terengang dengan menaiki speed boat yang mengambil masa 10 minit untuk sampai kesana dari house boat
- 7.30 pm : Solat Jamak Qasar Maghrib dan Isyak secara berjemaah
- 7.45 pm : Kuliah Maghrib oleh Ustaz Nasaruddin Omar
- 8.30 pm : Makan malam dan acara bebas
16/1/2011
- 8.00 am : Bot bergerak ke Gua Bewah
- 10.08 am : Bot berlabuh ditebing Tasik
- 10.30 am : Mendaki Gua Bewah
- 11.30 am : Bot bergerak meninggalkan Gua Bewah menuju Air Terjun Sg. Lasir
- 3.26 pm : Bot tiba di jeti Air Terjun Sg. Lasir
- 4.00 pm : Acara mandi manda di Air Terjun Sg. Lasir
- 6.58 pm : Solat Jamak Qasar Maghrib dan Isyak diikuti kuliah Maghrib
- 7.30 pm : Makan malam, memancing dan acara bebas
17/1/2011
- 6.00 am : Solat Subuh berjemaah diikuti dengan kuliah Subuh
- 8.00 am : Sarapan pagi
- 9.00 am : Acara bebas ( Mandi di Air Terjun, memancing dan menjala ikan)
- 11.00 am : Makan Tengahari
- 12.00 tghari : Bot bergerak meninggalkan Air Terjun Sg. Lasir menuju ke jeti Empangan Jenagor
- 1.30 pm : Tiba di jeti Empangan Jenagor dan terus menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur
- 2.00 pm : Bas mula bergerak meninggalkan jeti
- 3.45 pm : Singgah di Bukit Besi untuk solat berjemaah Jamak Qasar Zohor Asar serta makan
- 5.00 pm : Bas bergerak meninggalkan Bukit Besi
- 6.45 pm : Singgah di Bandar Kemaman beli keropok
- 7.30 pm : Bas bergerak meninggalkan Bandar Kemaman
- 9.00 pm : Bas berhenti rehat di R&R Gambang untuk solat Jamak Qasar Maghrib Isyak dan makan malam
- 11.00 pm : Bas tiba di perkarangan Ibu Pejabat dan semua peserta menuju ke rumah masing-masing
- 12.00 pm : Aku tiba dirumah
untuk menaiki house boat bagi memulakan pelayaran ke Tasik Kenyir.
Kedua-dua video diatas menunjukan kami sedang
mempersiapkan peralatan untuk memancing
meluncur laju merentas Tasik Kenyir
Houseboat berlabuh untuk kami makan tengahari
Bermandi manda di Air Terjun Sg. Lasir, Tasik Kenyir
Bermandi manda di Sg. Terengang, Tasik Kenyir
Air Terjun Sg. Lasir
Kami singgah bersolat subuh di masjid Kg. Telaga, Hulu Terengganu
dan bersarapan pagi di gerai berhampirannya
bergambar sebelum masuk ke dalam
Dari kiri : Rosni, Olhusni, Rahimah, Zaharah,
Siti Khatijah, Iqbal dan dibelakang Roslan
Dari kiri : Maslina, Noor Aliah dan Zaharah
Dari kiri : Kem, Mustakim, Isa, Mat Miskam dan Roslan
Dari kiri : Pemandu bas, Iqbal, Jamal, Rosni dan Shamlan
Semua peserta dikehendaki menandatangani
borang pendaftaran masuk
apabila beliau dan kawan-kawan tiba di puncak Empangan Jenagor
bersama tukang-tukang masak.
Baju kuning tu Awie. Macammana dia boleh
menceroboh masuk kedalam bot wanita ni?
Report kat Ustaz kang....
Zack dan Rosli menunjukkan seekor ikan Kelah
dan Patin yang dapat dipancing
Zack bersama ikan baung yang dipancingnya
Ustaz Mansuruddin menunjukkan
seekor ikan Kelah yang dapat ditangkap
Ikan Kelah yang sama seperti gambar diatas
Rosli dengan seekor ikan Baung
Betulke Fahmi dan Kem tu dapat ikan...
Seekor ikan baung berjaya dipancing oleh salah seorang peserta
Hashim tak sudah-sudah membelek mata pancingnya
Tajuk perbualan kami adalah berkaitan
dengan harta pusaka dan faraid
Zaini dan Jamal bersembahyang manakala
Olhusni membaca Al Quran didalam bot
untuk mandi di Sg. Terengang. Perjalanan 10 minit dari bot
mendapat giliran menaiki bot
Inilah Sg. Terengang, airnya jerneh dan dingin
Rosli mengajar kawan-kawannya cara nak
menggulung rokok keretek
Ambik banyak pulak tuuu.
Tapi masa kat ofis aku tengok biasa je...
Bestnye pegi Tasik Kenyir, lain kali kalau nak pegi lagi ajak la kita sama.
ReplyDeleteKalau pergi satu family berapa kos nya?
Dengar cerita semua yang pergi tak dapat seekor ikan pun. Apa problemnya.?
ReplyDeleteTakkan sebesar-besar tasik tu seekor ikan pun tak makan umpan?.
Siapa gerangannya yang memagar kawasan tu?
Ikan dalam gambar tu dapat dari mana?
You punya syarikat ni kaum wanitanya tak berapa nak sosial ke?
ReplyDeleteTakkanlah macam ni punya program, tak dapat sambutan dari kaum wanita.
Agaknya mereka ni suka program macamana ye?
Entah2 Exco rekreasi punye promosi tak berapa kuat kot?
Sebenarnya kaum wanita tak berapa berminat sangat sebab mereka ni semua berfikiran negatif.
ReplyDeleteAda yang bagi alasan susah nak mandi, buang air, makan dan macam-macam lagi.
Tapi bila mereka dah tengok gambar2 yang dipaparkan, ramai yang menyesal tak ikut sama.
Tu laa..lain kali jangan dengar kabar2 dari mereka yg tak pernah pergi..
Benda yang paling aku suka masa pegi tasik kenyir ialah part belayar 5 jam tak sampai-sampai, makan dan mandi di air terjun Sg. Lasir.
ReplyDeleteYang paling saya suka ialah makan nasi ayam dan nasi lemak dan yang saya tak suka bila nampak benda tu terapung..
ReplyDeleteNak tau apa bendanya tu tanya lah Idah