- BAWANG PUTIH
Bawang putih sering kita ketepikan apabila terjumpa di dalam makanan. Bau peluh yang dikeluarkan oleh bawang putih akan menghindarkan gigitan serangga. Jadi, bagi yang ingin berkhemah atau melakukan perjalanan mendaki gunung yang diketahui banyak serangga, makanlah bawang putih setiap hari sepanjang anda di dalam perjalanan.
- SERBUK SUSU
Selain makan bawang serbuk, susu juga boleh anda gunakan. Campurkan serbuk susu dengan air secukupnya, tetapi tidak terlalu cair. Cukup sekadar boleh disapukan pada bahagian gigitan serangga tadi. Susu akan meneutralkan racun dari gigitan serangga.
- GARAM
Sengatan dari serangga atau gigitan nyamuk tentunya mengganggu ketenteraman anda. Siapkan garam untuk meneutralkan sengatan atau gigitan serangga tersebut. Campurkan air dengan garam dan rendamkan bahagian tubuh yang terkena sengatan tadi. Gatal-gatal akan hilang.
- BAWANG MERAH
Tumbuk bawang merah sehingga menghasilkan cairan dari bawang merah tersebut. Sapukan pada tubuh untuk mengelakkan digigit atau disengat serangga.
- OREN/LIMAU ATAU LEMON
Mungkin anda tidak gemarkan bawang atau tidak selesa jika disapukan pada tubuh. Cara lain yang boleh anda gunakan adalah jus dari oren atau limau ataupun lemon. Dapat elakkan gigitan serangga, tubuh juga berbau harum.
- CUKA EPAL
Jika anda mahu berkhemah, bawalah juga cuka epal dan makan tiga sudu setiap hari. Amalkan sepanjang anda berkhemah kerana ia akan membuatkan serangga tidak mahu mendekati anda.
- VANILA
Ramai yang sukakan bau lembut dari vanila. Tak kurang juga baunya yang membuatkan kita teringatkan makanan. Di dalam kajian, serangga tidak sukakan bau vanila. Oleh itu, apa kata anda cuba campurkan vanila dengan air dan sapukan pada tubuh untuk mengelakkan gigitan serangga.
ReplyDeleteInfo yang menarik untuk diamalkan bagi mengelak daripada digigit oleh serangga. Selain itu, untuk mencegah gigitan nyamuk, kita boleh juga menyapukan minyak serai wangi pada badan kerana nyamuk didapati tidak suka pada bauannya.
Kite slalu guna cream je. Tu on ade bekas2 kalau anak kene gigit huhu. Tq for info��
ReplyDelete