Saturday, April 30, 2011

BELAJARLAH BERSYUKUR !!!





Seandainya sahabatku, jika engkau bangun pagi ini dan merasa sihat walafiat, itu petandanya engkau beruntung dari jutaan orang yang mungkin ajalnya tiba pada setiap detik, jam, hari, minggu dan bulan...

Jika sahabatku tidak pernah merasai detik cemas bahaya perang, letupan bom, kesepian di penjara, kesakitan akibat disiksa atau kebuluran, ketahuilah bahawa, anda berada beberapa langkah di hadapan lebih maju berbanding berjuta-juta orang di dunia yang hidup merana akibat jenayah perang dan persengketaan...



Seandainya sahabatku dapat menghadiri ceramah politik atau keagamaan tanpa merasa takut dicemuh, dihina, ditangkap, disiksa atau dibunuh, beruntunglah kerana berjuta-juta orang di dunia ini dinafikan hak asasi dan kebebasan hidupnya...


Seandainya sahabatku memiliki makanan dalam peti sejuk, baju-baju digantung dalam almari pakaian dan memiliki atap yang memayungi tempat berehat, anda dikira lebih kaya daripada berjuta-juta penduduk planet bumi ini yang tidak berumah, merempat, bergelandangan dan orang pelarian...


Sahabatku, jika anda memiliki wang simpanan di bank, dalam dompet dan mampu menikmati pelbagai hidangan menu kegemaran di restoran, anda termasuk kelompok manusia kaya di dunia. Sebab, ramai lagi manusia yang kelaparan, kebuluran dan meminta-minta makanan dari orang lain...



Sahabatku, jika orang tua anda masih hidup dan menikmati kebahagiaan kehidupan berkeluarga, maka anda termasuk insan yang luar biasa kerana ramai lagi keluarga yang bercerai berai, pasangan ditinggalkan, isteri dan anak jadi mangsa penderaan dan anak-anak yatim piatu...


Sahabatku, jika anda mampu mengangkat kepala dan melemparkan senyuman dibibir, ketahuilah bahawa anda manusia paling bertuah di planet bumi ini kerana merasai hidup sejati kerana sebahagian besar orang lain diluar sana, ramai yang hidup menderita dan berduka nestapa...



Aduhai sahabatku!!! Jika anda terbaca pesanan ini, ketahuilah bahawa, anda insan paling beruntung jika dibandingkan dengan jutaan manusia yang masih buta huruf yang tidak tahu membaca dan menulis...

Sahabatku!!! Nikmatilah hari-hari yang indah ini dibawah sinaran matahari atau malam yang dilimpahi cahaya sang rembulan sambil menghitung dan mensyukuri nikmat Allah di atas segala kurniaan dan nikmat-Nya sejak kita dilahirkan ibu sehingga menginjak usia dewasa...

3 comments:

  1. sebenarnya pengucapaan perkataan bershukor ni hendaklah sentiasa ada dibibir setiap insan yg waras.Dilanda setiap musibah,mendapat keberuntongan dlm semua hal....yg harus diucapkan ialh shukor alhamdullilah krana itu sudah ditakdirkan Allah kpdnya. Apa yg perlu lakukan,yg musibah tu kita elakkan dari berulang,kita pertingkatkan pelan2 keselamatan,jika berkaitan."Dah terhantuk baru tengadah" jgn diulangi...Insyallah..

    ReplyDelete
  2. Jangan lah lupa juga untuk bersujud syukur

    ReplyDelete