Friday, April 29, 2011

KELLIE'S CASTLE

Siapa yang belum pernah sampai ke Kellie's Castle?

3 tahun lepas, aku sekeluarga pergi ke majlis kahwin anak saudara di Batu Gajah. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 5 petang, kami sempatlah singgah sebentar di Kellie's Castle ni kerana ianya terletak di tepi jalan besar sebelah kanan menuju ke Tol Gopeng , Perak.

Setelah meletakkan kereta, aku terus menuju kekaunter untuk membeli tiket masuk yang berharga RM15 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.

Walaupun kata orang tempat ini sangat menyeramkan ,tetapi bagi kami sekeluarga tidak pula mengalami perasaan takut ketika berada disini. Habis semua tempat didalamnya kami jelajah dan naik sampai keatas bumbungnya untuk melihat pemandangan dipersekitarannya.

Tetapi berlainan pula ketika aku menghantar kakak aku pulang kerumahnya di Batu Gajah setelah dibenarkan keluar IJN selepas menjalani pembedahan jantung pada tahun 2010 lalu .

Aku memulakan perjalanan dari IJN, pukul 8 malam dan pasti akan menempuh Kellies Castle ini sekitar jam 10 malam nanti. Apa yang lebih membimbangkan pula ialah apabila aku akan berpatah balik untuk pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah malam dalam keadaan diri berseorangan tanpa ditemani sesiapa. Bagaimana aku akan menghadapinya?

Tetapi, syukur Alhamdulillah, sehingga aku tiba dirumah kira-kira jam 2 pagi, tiada apa-apa yang berlaku. Namun disepanjang perjalanan, mulut aku tidak henti-hentinya membaca semua ayat-ayat Quran yang aku hafal sehinggalah aku melepasi kawasan ini.

Tetapi manusia tetap juga manusia, ia mudah lupa, begitu jugalah dengan aku ini, setelah bebas dari zon yang menyeramkan itu, aku pun tidak lagi membaca ayat-ayat suci al-Quran tetapi yang menemankan aku selepas itu adalah lagu-lagu dan muzik kegemaran aku.

Sejarah Kellie's Castle

Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Perancangan dan pembinaan awal

Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah ini bagi berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Dia turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jembatan yang melintasi sungai.

Tetapi bukan hanya kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Dalam banyak hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie adalah lif yang pertama di Malaya, yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur di bawah sungai dekatnya. Salah satunya adalah terowongan yang menghubungkan ke beberapa candi Hindu tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman - sebuah projek bercita-cita tinggi walaupun pada piwaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri ini adalah untuk menjadi pusat berhibur pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Malaya. Rumahnya unik malah turut dilaporkan di akhbar London pada tarikh 15 September 1911.


Dipetik dari Wikipedia


Istana Kellie's menyimpan seribu misteri

Istana Kelli'e tetap berdiri megah walaupun sudah berusia seabad

Puncak Istana Kellie

Dipuncak ini lah aku naik untuk menikmati
pemandangan di persekitaran bangunan ini

Istana Kellie berseri-seri dengan warna keemasan


Ruang dalam Istana Kellie

Apa kaitan kain merah ini dengan Istana Kellie?

Sebuah corridor yang dibina di Istana Kellie

Sebuah anak sungai mengalir lesu di tepi Istana Kellie
menambahkan lagi keindahannya


Istana Kellie tetap setia menanti pengunjungnya

2 comments:

  1. ta ada pulak berita dari mana dia ambil bahan2 binaan ketika itu...Kos anggaran pembinaan.Tenaga perkerja mahir tempatan yg terlibat.Siapa akiteknya.masih banyak misteri yg tersembunyi yg perlu diketengahkan dan jika tidak,sejarah lengkap Istana Kellie tidak ada siapa yg memperdulikan untok dibukukan.

    ReplyDelete
  2. Apabila bercakap tentang Kellie's Castle ni, Selalunya yang banyak diperbincangkan hanyalah yang berkaitan dengan cerita misteri dan yang menyeramkan.

    Sepatutnya kita semua mengambil iktibar terhadap apa yang telah berlaku kepada William Kellie Smith yang cita-citanya untuk tinggal disebuah istana tidak kesampaian. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.

    Tidak dinafikan bahawa apa2 bangunan yang ditinggalkan pasti akan ada penghuni atau penunggu.

    ReplyDelete