Monday, July 25, 2011

EXPLORE JOHOR TREASURE HUNT 2011...

Sudah lama aku tidak beraktiviti dengan kawan-kawan seperjuangan. Kali terakhir kami beraktiviti ialah semasa sukan MAKSPEN di Arau, Perlis baru-baru ini.

Aktiviti sebelum ini iatu mendaki Gunung Kinabalu, XPDC ke Gua Mulu, Miri, Sarawak, Mencandat Sotong di Pulau Kapas sebanyak dua kali, Memancing di Tasik Kenyir dan Tasik Banding telah lama berlalu.

Banyak aktiviti yang dirancang sepanjang bulan Julai ini seperti memancing di Kelong, memancing di Empangan Klang Gate dan memancing di laut dalam di Terengganu terpaksa ditangguhkan atas sebab cuaca yang tidak mengizinkan disamping banyak tugas-tugas pejabat yang perlu dibereskan kerana kini sudahpun masuk Suku Tahun Kedua 2011 dimana semua laporan-laporan prestasi Bahagian perlu dikemukakan untuk dibentang di dalam mesyuarat.

Dua minggu lepas, Ali Sidek dari Bahagian Akaun Kilang, datang menemui aku mengajak untuk menyertai Explore Johor Treasure Hunt 2011 yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan dan Jcorp pada 23 Julai, 2011. Katanya borang pendaftaran dah dapat, sekarang nak cari kawan-kawan yang berminat untuk joint program ni...

Belanja untuk program ni besar juga iaitu yuran pendaftaran bagi satu kereta dengan 4 orang penumpang berjumlah RM400, disamping itu, penginapan kami yang datang dari Kuala Lumpur , minyak kereta, bayaran tol, makan minum dan lain-lain perbelanjaan perlu juga diambil kira. Dihitung semuanya tak kurang dari RM3,000 perlu disediakan.

Rakan-rakan yang setuju untuk turut serta telahpun dikenalpasti iaitu aku sendiri, Ali Sidek, Miswan Dukimin dan Suhezrenshah Solomon.

Akhirnya kami mencuba nasib memohon sponsor dari KESURA untuk program ini. Berita gembira diterima apabila KESURA bersetuju menyumbang wang sebanyak RM950 dan selebihnya kami tanggung sendiri.

22 Julai, 2011, Setelah masing-masing mendapat keizinan 'Boss' dari Bahagian masing-masing. Kamipun bertolak jam 3 petang dari pejabat. Kami mesti berada di Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu jam 8 malam untuk sessi taklimat. Jika gagal menghadirinya, penyertaan kami akan dibatalkan, wang pendaftaran yang telahpun dibayar , tidak akan dikembalikan.

Jam 8.30 malam, kami tiba di Permata Ballroom, Hotel tersebut dimana taklimat oleh Pegawai dari Syarikat Convenue Marketing Sdn. Bhd. yang diberi tugas untuk menguruskan program ini sedang berlangsung.

Sambutan bagi program ini sangat menggalakkan dan kebanyakan peserta adalah dari sekitar Negeri Johor sahaja mungkin hanya kami sahaja dari Kuala Lumpur.

Setelah taklimat program berakhir pada jam 10 malam, kami pun menuju ke hotel NAZA Tallya untuk menginap. Kami perlu tidur awal untuk memastikan badan, minda dan segala-galanya segar pada keesokannya bagi memberi cabaran kepada lain-lain peserta. Hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 telah disediakan kepada johan pertandingan ini, RM2,000 tempat kedua, RM1,000 tempat ketiga dan 10 hadiah saguhati berupa wang sebanyak RM500.

Setelah berakhirnya pertandingan di Jeti Tg. Leman, Mersing dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, kamipun meneruskan perjalanan dan singgah untuk bersembahyang Jamak Qasar di Masjid FELDA Tenggaroh 2 sebelum bertolak ke Kluang, Johor dan menginap di Hotel Prime City bagi merehatkan badan sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Sedikit Info untuk
EXPLORE JOHOR TREASURE HUNT 2011

Tarikh Pertandingan :
23 Julai, 2011 bermula jam 8.30 am. hingga 4.30 pm.

Penganjur bersama :
Kementerian Pelancongan dan Jcorp Sdn. Bhd.

Rakan Stratejik :
KFC, KFC Holdings, KPJ, SINDORA Bhd, KFCH International College, The Puteri Pacific, PERSADA Johor, Sibu Island Resort, Johor Land Berhad, Damansara Assets Sdn. Bhd., METRO Parking.

Di uruskan Oleh :
Convenue Marketing Sdn. Bhd.

Rakan Media:
Sinar Harian dan Best 104fm

Tempat permulaan :
Persada Johor International Convention Centre, Johor Bharu dan berakhir di Jeti Tg. Leman, Mersing, Johor

Jarak Perjalanan :
208.1 Km.

Perasmian Oleh:
Y.B. En. Hoo Seong Chang (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor.)

Tempat-Tempat laluan:
Restoran Singgah Selalu, Danga Bay
KFCH International College, Bandar Dato' Onn
Today's Mall, Ulu Tiram
Muzium Kota Tinggi
Homestay FELDA Semenchu
Muzium Nelayan, Tg. Balau
Teluk Mahkota, Tg. Sedili
Jeti Tg. Leman.

Check Point 1 : Today's Mall
Check Point 2 : Teluk Mahkota

Jumlah Penyertaan :
50 buah kereta

Jumlah Soalan yang perlu dijawab :
28 Route Question

PITSTOP TASK
2 soalan di Restoran Singgah Selalu
2 soalan di KFCH International College
2 soalan di Muzium Kota Tinggi
1 soalan di FELDA Semenchu
2 soalan di Muzium Nelayan
1 soalan untuk menamakan logo

In Car Challenge
20 soalan

Bonus Question:
5 soalan

Barang-barang yang perlu dibeli dan diserahkan
kepada Urusetia di final pitstop Tg. Leman
berdasarkan soalan dan jawapan dibawah:


Kaya Kelapa
Acti Fast
Dadih
Kickkapoo
Fresh and white kayu sugi


Saksikan Video dan gambar-gambar
yang sempat di rakam untuk tontonan semua




Video menunjukkan Kapten KESURA HUNTER'S, Sdra. Ali Sidek
memberikan sedikit info sebelum cabaran bermula



Video menunjukkan pelepasan 10 kereta pertama
oleh Y.B. En. Hoo Seong Chang ((Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan
dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor.)



Video menunjukkan pelepasan 10 kereta kedua oleh
Y.B. En. Hoo Seong Chang (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan
dan Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor.)


Video menunjukkan pasukan kami Kesura Hunter's
sedang berbincang mencari arah jalan


Salah satu pasukan yang dianggotai oleh kaum wanita
sedang mencari jawapan bagi soalan yang disediakan



Video menunjukkan hiburan disediakan ketika
kami singgah di KFCH International College.
(Salah satu strategi untuk membuang masa kami)

Sessi taklimat oleh Convenue Marketing Sdn. Bhd.
bertempat di Permata Ballroom The Puteri Pacific Hotel, Johor Bharu



Pegawai dari Convenue Marketing Sdn. Bhd.
sedang memberikan taklimat kepada peserta

Para peserta mengambil baju T pertandingan
serta sarapan malam selepas selesai sessi taklimat

Pasukan Kesura Hunter's bersiap menuju ke tempat pertandingan
Dari kiri : Suhezrenshah( Shah), Miswan Dukimin dan Ali Sidek)

Dari kiri 'Aku' AJ, Miswan Dukimin dan Ali Sidek

Ali Sidek membuat pendaftaran di Metro Parking

Lain-lain pasukan juga membuat pendaftaran

Para peserta bersabar menanti kapten mereka membuat pendaftaran

Pasukan Lion King dari Sykt. Southern Lion Sdn. Bhd.
turut menyertai pertandingan

Ali Sidek (kanan) sedang menyemak dokumen yang diterima
sambil diperhatikan Miswan (kiri) dan Shah (tengah)

Selesai pendaftaran, peserta dihidangkan dengan sarapan pagi




'T' shirt yang wajib dipakai semasa pertandingan

Pasukan Johor FC turut memberikan cabaran.

Team Student UITM Larkin
memberikan pose sebelum pertandingan bermula

Persada Johor International Convention Centre, Johor Bharu,
tempat perasmian dan permulaan pertandingan


Para peserta sedang menunggu ketibaan Y.B. En. Hoo Seong Chang
(Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Perdagangan Dalam Negeri
dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor.)


Pengumuman ketibaan (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan
dan Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor.)
untuk merasmikan pertandingan dan seterusnya membuat pelepasan




Bermulanya pelepasan
kumpulan pertama dan kedua
sebanyak 20 buah kereta
(jumlah kesemuanya 50 buah kereta)



Pasukan Kesura Hunter's
berbincang mencari petunjuk arah seperti dalam kertas arahan


Miswan dan Ali sedang menyemak soalan

Signboard ini merupakan salah satu jawapan
kepada soalan yang diberikan iaitu:
Pemilik kedai ini berasal dari Kota Kinabalu?

3 pemuda dari satu pasukan sedang
mencari jawapan berdasarkan soalan yang diberi

Di Restoran Singgah Selalu, Danga Bay ini ada jawapan
bagi soalan no. 1 dan 2 (PITSTOP TASK 1 & 2)


Soalannya : Batu bergerak dalam restoran?
(Jawapannya, Rock Mobile.)

Jawapan bagi soalan 2 'Brains of a Johorean Town'
(Otak otak Kempas)

Dah dapat jawapan di Restoran Singgah Selalu,
team ni pekena tea tarik dgn roti canai
sebelum bergerak ke destinasi seterusnya

Salah seorang peserta dari team Johor FC

Shah dan Miswan sedang fikirkan jawapan

Team dari Sinar Harian turut mengambil bahagian

Disini juga ada jawapan kepada soalan seterusnya yang berbunyi:
"Makan di tempat tengah-tengah Ya!"

Team Knight Rider diwakili oleh 4 anak muda.

Soalannya: Sara tersepit dalam paya yang besar.
(Kami agak jawapannya ada di signboard ini kut?)

Ketibaan para peserta
di KFCH International College, Bandar Dato' Onn
kerana disini ada satu soalan yang perlu di jawab seperti dibawah

Soalannya: Sila ambil foto keseluruhan bangunan ini dari udara
dan tunjukkan kepada urusetia di Final Pitstop di Tanjung Leman nanti
(Kami rasa inilah jawapannya) iaitu replika bangunan KFCH
dalam perancangan yang gambarnya diambil dari udara


Hiburan nyanyian karaoke
di persembahkan di KFCH International College
(Taktik melalaikan peserta)

Program pemeriksaan kesihatan percuma oleh KPJ Healthcare
semasa peserta tiba KFCH International Collage.

AJ check blood pressure : Bacaannya 160/90 (Tension)

'Marshall' pun nak test kesihatan jugak

Shah buat test blood glucose. Tak tau bacaannya.
Aku buat test jugak...bacaannya 5.9
(tapi segan nak ambik gambar dgn nurse nii macam Shah buat...)

Studen KFCH International College

Singgah di restoran Mamak di Tiram Mart sambil menulis jawapan

Soalan semasa di Muzium Kota Tinggi : Pokok persoalannya disini,
tongkat siapakah yang menjadi tanda kasih Tengku Mahkota Johor
ketika merasmikan muzium ini?
(Cari punya cari... rupanya... jawapan dia ialah...
pokok tongkat Ali yang di tanam oleh baginda
di luar bangunan semasa merasmikan muzium ini)



AJ bergambar di luar Muzium Kota Tinggi
sebagai mengesahkan ketibaan kami disini...

Selepas papan tanda ini, kami pun sampai
di Jeti Tg. Leman bagi upacara penyampaian hadiah...

Kami singgah sembahyang Jamak Qasar Ta'khir
di masjid FELDA Tenggaroh 2


Kami 4 orang ni dah ada pengalaman dan pengetahuan dalam program Treasure Hunt. Lepas ni kalau pihak syarikat nak menganjur program ini jangan lupa panggil kami untuk menjadi Penasihat dan Pengurus program yang berkaitan dengan treasure Hunt.

1 comment:

  1. Harap Treasure hunt dapat diperkenalkan di Ibu Pejabat FELCRA Berhad. Mau meriah nih

    ReplyDelete