Baru sebentar tadi perlawanan bolasepak kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia antara Malaysia dan Singapura yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur berakhir dengan seri 1-1. Walaubagaimanapun pasukan Malaysia gagal keperingkat seterusnya apabila tewas dengan agregate 6-4.
Pada perlawanan sebelumnya di Jalan Besar, Singapura, selaku tuan rumah berjaya menundukkan Malaysia 5-3.
Petang tadi kira-kira jam 7 pm, ketika melalui stadium tersebut untuk pulang kerumah dari tempat kerja, aku berkesempatan singgah sebentar di stadium untuk merakamkan gambar-gambar suasana kemeriahannya kerana peminat bolasepak yang datang untuk menyaksikan perlawanan tersebut adalah seramai 80 ribu orang. Ini adalah berdasarkan tiket perlawanan sebanyak 80 ribu yang habis dijual sejak beberapa hari yang lalu sehingga mengecewakan beratus-ratus peminat yang lain.
Semenjak pasukan bolasepak Malaysia menunjukkan peningkatannya, peminat-peminat mula datang untuk memberikan sokongan setelah sekian lama mereka menyepikan diri akibat kegagalan pasukan Negara dalam beberapa perlawanan di luar Negara khususnya di peringkat Asia.
Meyaksikan perlawanan malam tadi melalui talivisyen dirumah, ternyata pasukan Malaysia amat lemah dibahagian pertahanan sehingga memudahkan penyerang Singapura memasuki kawasan penalti dan seterusnya membuat beberapa percubaan merbahaya. Walaubagaimanapun ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan pintu gol dari dibolosi. Tahniah diberikan kepada beliau kerana bermain dengan cemerlang.
Pujian juga harus diberikan kepada Safee Salli, kerana menjalankan tugasnya sebagai penyerang dengan baik dimana beliau berjaya menjaringkan 1 gol yang dirasakan agak sukar untuk dilakukan pada kedudukannya.
Akhirkata tiada ucapan yang dapat diberikan, melainkan supaya mereka lebih berusaha dan cuba lagi pada masa akan datang.
Saksikan rakaman video yang diambil 1 jam setengah sebelum perlawanan berlangsung.

No comments:
Post a Comment