Suatu ketika dahulu, ketika terlantar sakit dan diberitahu oleh tabib bahawa hayatnya sudah suntuk benar, seorang lelaki tua memanggil dua orang anaknya. Dia berpesan kepada kedua-dua anak lelakinya itu supaya menjaga perniagaan yang bakal ditinggalkan nanti dengan baik.
"Anak-anak ayah... bila ayah sudah tidak ada nanti, kamu amalkan dua pesanan ayah ini. Pertama, jangan sekali-kali menagih hutang pada orang yang berhutang dengan kamu. Kedua, apabila hendak pergi dan balik dari kedai, jangan sekali-kali kamu benarkan diri kamu terkena cahaya matahari. Amalkan pesanan ayah ini, nanti perniagaan kamu akan berjaya." pesan lelaki tua itu.
Tidak beberapa lama kemudian, lelaki tua itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Selepas lelaki itu meninggal dunia, perniagaan dan kedai-kedai yang ditinggalkannya diuruskan oleh dua anak lelakinya tadi. Kedua-dua beradik berkenaan menuruti pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka.
Anehnya, selepas setahun, perniagaan anak yang bongsu jatuh merudum. Sebaliknya, perniagaan yang diuruskan si abang pula bertambah besar dan maju.
Suatu petang, si ibu berjumpa dengan kedua-dua anak lelakinya itu. Dia bertanya, apa terjadi pada perniagaan mereka. Si adik terus mengeluh dan memberitahu kini dia hampir bankrap.
"Apa yang kamu buat? Kamu tak ikut pesanan arwah ayah kamu," tanya si ibu.
"Saya ikut ibu, saya tidak pernah menagih hutang dari mereka yang berhutang pada saya. Tapi masalahnya, mereka tak bayar pun hutang-hutang mereka. Hutang itu sudah terlalu banyak sampai saya kehabisan modal."
"Untuk mengelak dari terkena cahaya matahari, setiap hari juga saya terpaksa keluarkan wang tambahan untuk membayar tambang teksi untuk kekedai. Sekarang duit saya dah tak ada lagi, saya kena tutup perniagaan saya."
Si ibu berpaling pula ke arah anak sulungnya. Dia bertanya, bagaimana perniagaannya boleh bertambah maju dan besar.
Jawab si abang, "Bila ayah kata jangan tagih hutang daripada orang yang berhutang dengan kita, maka saya buat keputusan semua urusan perniagaan saya mesti dibayar tunai. Tidak boleh hutang. Hasilnya, modal saya bertambah dan perniagaan saya berjalan lancar.
"Kemudian, disebabkan ayah kata jangan benarkan diri kita kena cahaya matahari semasa pergi dan balik kerja, maka saya pergi kerja sebelum matahari terbit dan pulang ketika matahari sudah terbenam.
Ayah memang bijak, pelanggan saya semakin hari semakin bertambah maju sebab kedai saya dibuka paling awal dan ditutup paling lewat."
Si ibu tersenyum. Ternyata anak sulungnya itu dapat membaca maksud disebalik pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya dulu.

*******************************************************************
Tuan-tuan sekelian, orang tua adalah orang yang tinggi akalnya. Mereka tahu asam garam dunia dan sering menguji kita dengan cara yang tidak diduga. Tapi orang muda sering melihat pesanan orang tua pada satu lapis permukaan sahaja.
Orang muda yang berjaya adalah mereka yang mendengar nasihat orang tua dan bijak membaca ketinggian akalnya.

DI Kubu Gajah yg paling berjaya dlm peniagaan kini ialah org2 Acheh...Gerai2 kecil ditepi2 jalan yg disewakan oleh org2 tmpatan kpd org2 Acheh/Indon nampak sangat maju...berhenti lah bila2 masa kalau nak beli apa2,semua ada....Lama2 esok 7eleven yg buka 24 jam pun mungkin tutup,ta boleh bertahan bersaing dgn mereka....hebat org2 Acheh ni merancang perniagaan mereka.Mungkin mereka dtg kesini berbekalkan nasehat dari si Ayah yg berpesan dgn si Abang bgaimana mahu berjaya dlm perniagaan.
ReplyDeletewalaupun 7Elevent dibuka 24 jam,namun ta semua barang2 yg kita hajati ada,berbanding kedai2 runcit org2 Acheh yg walaupun nampak kecil tapi nak barang2 basah pun boleh kita dapati...klau tngah malam kita berhajat nak dapatkan seekor ikan buat lauk,pergilah ke kedai mereka,kita ta akan kecewa.Merekalah pengerak sektor ekonomi kecil2an dikawasan kampong terpencil yg sentiasa beroperasi 24 jam bterusan.
ReplyDelete