Malam tadi 20 Ogos 2011 bersamaan malam ke 21 umat Islam berpuasa, bermula jam 10, pihak Surau Al-Hidayah, Taman Sri Serdang, Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah mengadakan program 'Memasak dan Mengacau dodol' sebagai salah satu usaha bagi memeriah dan mengimarahkan surau pada bulan Ramadhan Al Mubarak ini.
Umat Islam yang berpuasa, kini melalui fasa yang terakhir dimana 10 malam yang terakhir ini Allah menjanjikan umatnya yang berpuasa mendapat pembebasan dari api neraka.
10 malam terakhir ini juga umat Islam dikehendaki untuk menggandakan amal ibadat mereka dengan berqiamulail dan beriktikaf di masjid dan surau-surau kerana dikatakan didalamnya terdapat satu malam (terutamanya pada malam yang ganjil) dimana akan berlakunya Lailatul Qadar iaitu satu malam beribadat dan pahalanya lebih baik dari seribu bulan atau bersamaan serta lebih dari 83 tahun 4 bulan.
Firman Allah dalam surah Al Qadr.
Program memasak dan mengacau dodol ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan malam Al Qadar, tetapi sebagai salah satu usaha pihak surau menarik umat Islam terutamanya penduduk kariah Sri Serdang ini hadir ke surau dan seterusnya dapat bersama-sama melakukan Qiamulail serta melakukan amal ibadat yang lain seperti membaca Al Quran dan sebagainya dengan doa dan harapan agar mereka menemui malam Al Qadr itu.
Dari pemerhatian yang dibuat, usaha Pihak Surau ini berjaya mengumpul ramai peserta terdiri dari semua golongan tua dan muda serta adik-adik dimana mereka ikut menunaikan sembahyang subuh berjemaah yang dimamkan oleh Ustaz Azizan iaitu imam muda surau ini.
Hampir keseluruhan saf-saf yang ada dipenuhi oleh para jemaah dan mereka nampaknya tidak berganjak kerana terus mengikuti kuliah subuh selepasnya yang disampaikan oleh Ustaz Abd. Rahman b. Mahmud dari UKM Bangi.
Program seterusnya selepas ini ialah Majlis Khatam Al Quran dan penyampaian hadiah kepada para petugas yang bertungkus lumus memberikan khidmat bakti mereka dalam program yang diatur bermula dari sebelum majlis berbuka puasa, solat Isyak, solat Tarawih diikuti dengan 'moreh' yang ditaja sebulan penuh oleh orang perseorangan serta golongan-golongan korporat disepanjang bulan Ramadahan ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengurusan dan Pentadbiran Surau Al Hidayah kerana berjaya mengadakan program ini dan diharapkan usaha ini diteruskan lagi pada bulan Ramadhan yang akan datang.
Adalah diharapkan juga ketika Solat Zohor nanti, surau juga akan penuh sepertimana ketika program memasak dan mengacau dodol serta solat subuh pagi tadi.
Saksikan rakaman gambar dan video klip yang sempat aku ambil semasa program ini berlangsung bermula jam 10 malam sehingga 7 pagi.

Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.
Jemaah surau sedang memberikan perhatian
ketika perasmian program 'mengacau' dodol oleh
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
ketika perasmian program 'mengacau' dodol oleh
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
En. Tumiran (kiri) dan Che Mat diantara jemaah yang sentiasa
istiqomah dalam mengerjakan solat berjemaah 5 waktu
istiqomah dalam mengerjakan solat berjemaah 5 waktu
Api dapur telahpun dinyalakan sebagai tanda kerja-kerja
memasak dan mengacau dodol akan bermula sebentar saja lagi...
memasak dan mengacau dodol akan bermula sebentar saja lagi...
Tn. Hj. Adnan (Imam surau) sedang memperkatakan
sesuatu kepada Tn. Hj. Maamor sambil diperhatikan
oleh salah seorang rakan mereka
sesuatu kepada Tn. Hj. Maamor sambil diperhatikan
oleh salah seorang rakan mereka
Tn. Hj. Murtaza bertindak sebagai 'Ketua' dalam penyediaan
makanan dan minuman serta 'moreh' untuk jemaah
yang hadir serta para petugas program mengacau dodol
makanan dan minuman serta 'moreh' untuk jemaah
yang hadir serta para petugas program mengacau dodol
Saat-saat yang meletihkan...
Dodol yang sedang dimasak perlu sentiasa
dikacau bagi mengelakkan ia menjadi keras...
Dodol yang sedang dimasak perlu sentiasa
dikacau bagi mengelakkan ia menjadi keras...
Abang Shidie, (baju hijau) adalah salah seorang jemaah yang sentiasa
'ringan tulang' setiap kali majlis yang dianjurkan surau diadakan.
'ringan tulang' setiap kali majlis yang dianjurkan surau diadakan.
Dapur no. 3 masih belum memulakan kerja-kerja
memasak dodol kerana ada sedikit problem pada tungkunya...
memasak dodol kerana ada sedikit problem pada tungkunya...
Semua dodol-dodol ini akan dimasukkan kedalam kotak untuk
diagihkan kepada penduduk kariah Sri Serdang ini
diagihkan kepada penduduk kariah Sri Serdang ini
GAMBAR VIDEO LAH PULAK!!!
Tradisi yg sebagini elok dikembangkan pada setiap masa,bukan saja dibulan ramadhan tapi bila ada cuti2 umum bagi mengeratkan sailaturahim penduduk setempat.Mengacau dodol bukan kerja mudah,lebeh2 lagi ketika hampir2 masak....mesti ada kekuataan,tapi dek ramai peserta ta trasalah kepenataannya....''alah membuat, kepuasaan terhasil''...elok next progrem di cuba pulak buat/bakar lemang buluh! hidupkan tradisional ni yg kini hampir2 dilupakan.
ReplyDeleteSekarang ni orang yang buat lemang dah tak tunggu lama lagi kat api untuk membakarnya kerana pulut tu dah di rebus dulu supaya cepat lembut, dah rasa macam ketupat lah pulak...
ReplyDeleteHilang satu lagi keaslian masakan melayu...