melapurkan kematian Mat Desa b. Hashim...
(Klik pada imej untuk lebih jelas)
melapurkan kematian Mat Desa b. Hashim...
(Klik pada imej untuk lebih jelas)
Berita kejadian tersebut telah disiarkan di Radio Klasik Nasional petang semalam dan telah juga disiarkan melalui suratkhabar Harian Metro dan Utusan Malaysia hari ini.
Allahyarham Mat Desa ni adalah anak kepada Pak Cik Hashim iaitu abang kepada ibu kami dan keluarganya menetap di Aulong, Taiping, Perak. Kali akhir aku mengunjungi ayahnya (Pakcik Hashim) dan ibunya (Makcik Satariah) ialah pada bulan Julai 2011 iaitu 2 minggu sebelum ketibaan bulan Ramadhan baru-baru ini.
Kali akhir aku bertemu dengan Allahyarham pula ialah kira-kira 10 tahun lalu ketika aku menghadiri satu majlis khenduri kahwin anak saudara aku di Sekudai, Johor. Ketika itu aku mengambil peluang dan berkesempatan menziarahinya dikediamannya di Johor.
Allahyarham Mat Desa ini telah meninggalkan kampung halamannya hampir 25 tahun yang lalu dan telah menetap di Johor setelah berumahtangga dengan isterinya iaitu Pn. Fauziah bt. Yahya.
Beliau juga bergiat aktif dibidang dakwah dengan menyertai jemaah tabligh dan sering bersama kumpulannya berdakwah ke seluruh Semenanjung sehingga keluar Negara.
Setiap tahun, aku tidak pernah ketinggalan menerima SMS darinya mengucapkan selamat Hari Raya tapi tahun ini tiada SMS lagi darinya sehinggalah aku menerima berita ini.
Tiada apa yang dapat aku sumbangkan kepada roh beliau melainkan bacaan Alfatihah dan berdoa semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang Soleh....Amin.
Ikuti berita penuh laporan akhbar mengenainya dibawah...
NUSAJAYA: “Ini hari kedua abang berpuasa enam, tidak sangka hajatnya menghabiskan ibadat berkenaan tidak kesampaian selepas meninggal dunia akibat dipanah petir,” kata Azizah Yahya, 44, di sini, semalam.
Azizah ditemui di kediaman abang iparnya, Mat Desa Hassim, 52, di Taman Nusa Perintis, petang semalam, yang meninggal dunia selepas dipanah petir ketika memancing ikan berhampiran perairan Puteri Harbour.
Menurut Azizah, abang iparnya sepatutnya pulang jam 5 petang semalam untuk persediaan berbuka puasa.
“Abang gemar melakukan ibadat sunat dan kerap memaklumkan mahu menghabiskan puasa enam ini, saya tidak sangka tahun ini abang gagal menyudahkan ibadat berkenaan.
“Hubungan saya dengan abang rapat kerana sebagai seorang pendakwah bebas, saya banyak belajar ilmu agama daripadanya,” katanya.
Menurut Azizah, pada Ramadan lalu, Mat Desa sempat ke Kedah berdakwah selama dua minggu di sana.
“Walaupun sedih, saya reda dengan ketentuan Tuhan ini,” katanya.
Hamidon Mohamed, 31, yang bersama Mat Desa ketika kejadian berkata, kejadian berlaku amat pantas.
“Saya dan seorang lagi rakan, Tarmizi, 50-an, duduk dalam bot apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat.
“Sejurus kemudian, saya dapati Tarmizi dalam keadaan bingung manakala Mat Desa yang berada di belakang bot tercampak ke laut,” katanya.
Hamidon terjun dan sempat mencapai kaki Mat Desa sebelum menarik mangsa ke dalam bot sebelum bergegas ke Jeti Tanjung Nelayan.
Menurut Hamidon yang juga kakitangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), dia sempat menghubungi isterinya dan meminta wanita itu menghubungi ambulans.
“Namun, sebaik tiba di jeti, petugas perubatan yang ada di situ mengesahkan Mat Desa sudah meninggal dunia,”
KETIKA BERSIAP MEMANCING
(UTUSAN MALAYSIA)
NUSAJAYA 20 Sept. - Kegembiraan tiga sahabat menjala udang dan memancing ikan di Puteri Harbour di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat dipanah petir.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mat Desa Hashim, 52, yang bekerja sebagai nelayan mati di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya, Hamidun Mohamed, 31, dan Tarmizi Jailani, 50, terselamat.
Hamidun ketika menceritakan kejadian itu berkata, mereka bertiga keluar ke laut kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki bot fiber milik mangsa.
"Selepas sejam kami menjala udang, hujan turut dengan lebat menyebabkan kami terpaksa berteduh di rumah rakit berhampiran tempat kami menjala.
"Sebaik sahaja hujan reda, kami ke laut semula untuk memancing ikan. Sedang kami sibuk menyiapkan kelengkapan memancing, saya terdengar dentuman kuat beserta cahaya petir," katanya ketika ditemui di kediaman Mat Desa di sini hari ini.
Hamidun yang bekerja sebagai operator Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) berkata, akibat dentuman itu, mangsa tercampak ke laut manakala Tarmizi terjatuh atas bot.
Dia kemudian segera terjun untuk mencapai kaki mangsa dan menariknya semula ke dalam bot sebelum menghubungi isteri mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Razak Md. Said ketika dihubungi mengesahkan kejadian ini dan mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika pergi memancing terutama dalam keadaan cuaca buruk dan disertai hujan lebat serta petir.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulaijaya untuk dibedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Perintis.
Mangsa meninggalkan seorang isteri, Fauziah Yahya, 49, dan dua anak lelaki, Mohd Amirul, 15, dan Mohd Ashraf, 10 tahun.
berbual bersama abangku Omar (kiri) dan abang iparku Abg. Lah
semasa satu majlis khenduri arwah dirumah ibu kami
di Taiping, Perak, kira-kira 3 tahun lalu.
Surah Al Fatihah.
Dari Allah kamu datang, kepada Allah kamu dikembalikan.
ReplyDeleteSemoga rohmu tenang dipusara...
Kepada keluarga Allahyarham, harap bersabar menerima dugaan ini...
Berakhirlah kehidupanmu di dunia dan bersyukurlah kerana ketika hayatmu, engkau telah menyambung tugas para-para Nabi dan Sahabat dalam menyampaikan risalah Allah kepada umat manusia.
ReplyDeleteSesungguhnya Allah tidak memungkiri janji dan akan memberi ganjaran yang setimpal keatas setiap amal ibadat yang dilakukan...
Allahyarham bolehlah dikatakan mati syahid sebab semasa kejadian beliau mencari rezeki untuk keluarga dan juga sedang melakukan ibadat puasa 6 di bulan Syawal...
ReplyDeleteSemoga Allah mengampuni dosa-dosanya...Amin
Kita hendaklah bersedia pada setiap masa kerana maut boleh menjemput pada bila-bila masa.
ReplyDeleteBeruntunglah orang yang hidupnya sentiasa beramal soleh...
Salam takziah untuk keluarga. Harap bersabar menerima ujian.
takziah buat keluarga arwah, paktam, ani pnh jumpe pak long mat desa ni masa duk poli dulu, dia bwk ani n kwn2 p rmh dia di gelang patah, isteri dia masak udang n ketam, sedapppp..tu lah pertama n terakhir ani jumpe arwah..al fatihah
ReplyDeleteseorang yg bsderhana n peramah.setiap kali raya mesti datang ziarah mak n ayah d Tun Aminah,Skudai.cuma tahun ini saja mak kata arwah belum sampai,mkin krn arwah nak mhabiskan puasanye dahulu.smoga rohnye dcucuri rahmat n dtempatkan bsama2 org yg soleh.Amin.
ReplyDelete