Tekanan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat kini, terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Masalah kerja, kehidupan, kewangan, masalah perhubungan, boleh saja menjadi punca tekanan dan ia sebenarnya sekaligus mampu menyebabkan tahap kesihatan seseorang itu menurun.
Apa tidaknya! asal tertekan saja, makanan manis yang terkenal dengan kandungan kalori yang tinggi seperti aiskrim, coklat dan sebagainya bakal menjadi pilihan. Tanpa sedar, berat badan meningkat, tubuh semakin gempal, tahap kesihatan menurun dan sebagainya.
Pengawalan tekanan yang tidak bijak boleh mengakibatkan keadaan-keadaan seperti di atas. Jadi, untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah lain yang lebih memudaratkan, bantulah otak agar bergerak dengan lebih tenang dan sabar.
Cara begini sebenarnya dapat membantu mengatasi masalah tekanan dengan lebih efektif. Ikuti beberapa jenis makanan yang boleh membantu otak anda bergerak dengan lebih tenang dan sabar.
1. Ayam Bakar dan Daging
Ayam bakar memberikan protein yang baik terhadap tubuh badan. Sejumlah 200 gram protein akan membantu otak menghasilkan doparnin dan norepinefrin, iaitu sebatian kimia semula jadi di dalam otak yang akan mengekalkan kewarasan anda, demikian menurut Judith Wurtman, penulis buku The Serotonin Power Diet.
Daging mengandungi lemak yang juga mengandungi vitamin B, zat besi dan zat yang sangat kaya sehingga ia baik untuk mereka yang mengalami stress.
2. Kacang Badam
Kacang lazat ini mempunyai khasiat antistres yang luar biasa. Ia dilengkapi Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zat lain. Vitamin B dan magnesium di dalamnya membantu menenang dan mengendalikan emosi dengan baik, manakala vitamin E yang terkandung di dalamnya kaya dengan antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas yang menjadi penyebab stres, sekaligus melawan penyakit jantung. Makan segenggam badam setiap hari sudah mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal stres anda.
3. Bertih Jagung
Gelisah sehingga menyebabkan tidur terganggu? Pilihlah makanan seperti bertih jagung kerana karbohidrat akan membuat badan kita melepaskan serotonin, iaitu sebatian kimia di dalam otak yang akan membuat kita berasa lebih tenang dan relax. Tapi, pilihlah bertih jagung yang rendah atau bebas lemak kerana ia boleh melambatkan proses pelepasan serotorin sehingga membuatkan ia berada lebih lama di dalam tubuh anda seterusnya membuat anda berasa lebih relax.
4. Sushi
Penggemar-penggemar makanan Jepun ini tentunya bakal mendapat manfaat sushi dengan lebih baik. Ini kerana, rumpai laut yang sering menjadi bahan campurannya ternyata mempunyai khasiat mirip ikan yang juga terdapat di dalam campuran sushi. Asid pantothenic yang terdapat di dalamnya penting bagi kalenjar adrenalin yang memainkan fungsi penting bagi pengurusan stres tubuh. Kekurangan asid ini boleh menyebabkan jangkitan kelelahan dan rasa gelisah yang berlebihan.
5. Coklat
Coklat akan membantu anda menenangkan emosi. Coklat di penuhi dengan radamin dan feniletilamin yang membantu kerja saraf dan akan membuat perasaan anda lebih tenang dan merasa lebih gembira. Namun, awas! Pastikan anda tidak memakannya berlebihan. Sebaiknya makanlah secara bervariasi makanan-makanan seperti yang di senaraikan ini.
6. Nanas dan Buah Beri
Bingung untuk membuat pilihan sehingga akhirnya anda tertekan? Antioksidan yang terdapat di dalam buah atau sayuran yang berwarna cerah lebih kuat membantu anda melawan radikal bebas yang membuat memori anda tetap segar dan kuat.
Ini kerana, "Otak anda menyerap lebih banyak oksigen, maka antioksiden akan membantu mengurangkan kerosakan otak disebabkan oksiden yang ada.
7. Ikan
Hampir kesemua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap, terutama vitamin B6 dan B12 yang di ketahui amat penting bagi meredakan stres. Kekurangan vitamin B12 boleh menyebabkan depresi. Cuba nikmati salad ikan tuna untuk makan tengahari dan malam. Selain itu, makanan yang kaya dengan omega 3 seperti ikan salmon, boleh melindung diri daripada penyakit jantung.
Kajian yang dilakukan oleh Diabates & Metabolism mendapati bahawa khasiat omega 3 dapat menghalang pertumbuhan hormon kortisol yang boleh menyebabkan stres serta peningkatan tekanan darah.
8. Sayuran Hijau
Sayuran seperti brokoli, kangkung dan sayuran lain yang berwarna hijau tua merupakan sayuran yang amat bermanfaat untuk menurunkan stres. Ini kerana, kandungan vitaminnya yang begitu banyak dapat berulang-ulang di jadikan sebagai sumber tenaga tubuh yang semakin berkurangan ketika fikiran dalam keadaan tertekan.
9. Roti Gandum
Roti, nasi putih atau kuih-muih boleh mengenyangkan, tetapi setelah menikmatinya anda akan merasa mengantuk dan tak kurang boleh menyebabkan anda lebih berisi atau gemuk. Namun gandum memberi kesan yang lain, iaitu boleh mengenyangkan sekaligus dapat mengendalikan stres dalam jangka waktu yang lama.
10. Susu
Sebelum mengambil susu, carilah jenis susu yang paling sesuai dengan keperluan anda. Apa yang penting minuman ini mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca stres. Minumlah susu pada waktu pagi atau malam sebelum anda tidur.
No comments:
Post a Comment