Thursday, January 10, 2013

4 FAKTOR WANITA LAYAK MENGHUNI SYURGA...

Mengapa ramai wanita menjadi penghuni neraka sedangkan golongan hawa mudah masuk ke syurga? Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit ialah wanita" (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad).

Sabda Baginda rasul ini sungguh menakut dan menginsafkan wanita. Justeru, apakah usaha wanita untuk merebut syurga Allah?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Apabila wanita mendirikan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadhan, memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka dia akan masuk syurga dari pintu-pintu syurga yang dikehendakinya."

Dalam wasiat yang agung ini, Nabi Muhammad SAW memberi beberapa sebab yang membolehkan wanita menjadi ahli syurga, iaitu:

  • Solat fardhu yang lima
  • Berpuasa pada Ramadhan
  • Menjaga kemaluan
  • Taat kepada suami dalam segenap hal kecuali terhadap perkara yang menderhaka kepada Allah
Kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah mewajibkan kepada kita supaya bersuci, menghadap kiblat dan solat lima kali sehari semalam. Solat adalahh tiang agama dan mereka yang menegakkannya bermaksud menegakkan agama tetapi jika meninggalkannya bererti meruntuhkan agama.

Kita juga dinasihatkan supaya tidak mensia-siakan solat dan melewat-lewatkannya apabila sudah tiba waktu. Allah juga mengingatkan hamba-Nya agar tidak lalai dan terlalu sibuk mencari harta sehingga mengabaikan solat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Surah Al-Munafiqun, ayat 9)

Melalui ayat itu, kita ditegah meninggalkan solat kerana terlalu sibuk dengan urusan duniawi, seperti urusan jual beli dan kerjaya, justeru jangan sekali-kali kita memandang ringan untuk bersolat kerana siksa yang bakal diterima oleh mereka yang meninggalkan solat begitu pedih sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Apa yang menyebabkan kamu masuk kedalam neraka saqar? Lalu mereka menjawab: Dahulu kami tidak termasuk orang yang bersolat dan kami juga tidak memberi makan orang miskin, sering berbincang untuk tujuan batil dan mendustakan hari pembalasan sampai datang kepada kami kematian. Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dan orang yang memberi syafaat (Surah Al-Mudassir: ayat 42-48)

Faktor kedua yang membolehkan wanita masuk syurga ialah berpuasa Ramadhan. Puasa ialah satu daripada sendi Islam yang lima dan rukun puasa ialah niat sebelum fajar, menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh, tempohnya dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.

Faktor ketiga yang membuka peluang kepada wanita menghuni syurga ialah memelihara kehormatan diri, memiliki perasaan malu, menutup aurat dan berakhlak baik. bagi wanita yang sudah berkahwin, wajib mentaati suami kerana ia umpama sendi atau dasar kehidupan dan inti kebahagiaan dunia serta akhirat.

No comments:

Post a Comment