Lelaki 'gentleman' atau lelaki budiman memang idaman wanita. Namun dengan personaliti lelaki yang pelbagai, bukanlah mudah untuk mengenal lelaki sebegini. Pun begitu ada tanda yang boleh diperhatikan bagi memudahkan kaum wanita khususnya mengenalpasti golongan lelaki ini.
1. Kalau anda terlewat bersiap untuk temu janji, dia tidak marah-marah, jauh sekali membebel. Sebaliknya dia akan tersenyum sahaja dan mungkin dia akan menegur dengan cara paling sopan dan berlapik.
2. Anda menyakitkan hati lelaki gentleman secara tidak sengaja. Tapi lelaki yang gentleman tidak akan marah melulu dan memilih untuk meluahkan secara terus terang. Tetapi jika sudah hilang kesabaran , mungkin dia bertindak mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada anda. Dia tidak akan bergaduh atau menghempas telefon. Bergaduh dengan wanita hanya membuang masa baginya.
3. Anda bersamanya di sebuah restoran dan terjadi satu salah faham di mana lain hidangan yang dipesan, lain pula yang dihantar. Namun dia bukanlah orangnya yang suka membebel, menjerit-jerit dan memaki hamun.
4. Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang membuat kurang ajar seperti isyarat tangan, sambil memberi isyarat lampu tinggi mengajak lelaki gentleman berlumba, dia tetap tenang. Provokasi? Maaf, lelaki gentleman tidak berminat untuk melayan.
5. Jejaka gentleman jika membuat kebajikan tidak selesa menjadi tumpuan ramai. Baginya, kalau tangan kanan menderma dan memberi, tangan kiri tidak perlu tahu.
6. Lelaki gentleman tidak akan bercakap ketika makanan penuh di dalam mulut.
7. Ketika hujan lebat lelaki gentleman sanggup menjemput anda di tempat kerja betul-betul di tempat yang berbumbung. Dia tidak mahu anda terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, dia akan menyuruh anda tunggu sementara dia keluar untuk memayungkan anda.
8. Ketika berjalan berdua, kalian terserempak dengan keluarga saudara anda. SLelaki gentleman dengan ramah menegur dan bertanya khabar, malah mempelawa mereka menyertai anda berdua.
9. Lelaki gentleman tidak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengar dalam jarak selang sebuah rumah, jauh sekali bercakap berdegar-degar seolah-olah dialah lelaki paling hebat.
10. Lelaki gentleman tidak akan mengorek hidung di depan anda walaupun anda sudah menjadi pasangannya selama 10 tahun.
11. Lelaki gentleman tidak akan bersin atau menghembus hingus tanpa tisu. Mereka juga tidak akan meludah merata-rata. Lelaki gentleman juga tidak akan sesekali melaras-laras alat sulitnya di khalayak ramai.
12. Lelaki gentleman tahu anda penat kerana seharian bekerja. Kerana itu dia tidak berleter jika anda timbunkan pinggan mangkuk di singki semalaman. Sebaliknya dia dengan tenang menyingsing lengan baju dan membasuh setakat yang termampu.
13. Anda kelam kabut pada waktu pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Butang kemeja bajunya tercabut. Dia terus mencapai benang dan mencari jarum. Dia akan menjahit sendiri tanpa mengharap bantuan daripada anda.
14. Jika ada tompokan haid di atas cadar dan anda tidak menyedarinya, dia tidak akan berleter sebaliknya dia hanya memberitahu dan menghulurkan cadar baru untuk anda tukar.
15. Lelaki gentleman mesti menggosok giginya sekurang-kurangnya dua kali sehari.
16. Seorang lelaki gentleman sanggup berada di dalam tandas dalam tempoh masa yang lama jikalau dia gagal mengepam selepas berurusan di mangkuk tandas. Dia akan memastikan tiada kesan ditinggalkan sehingga membuatkan insan lain 'terseksa'.
17. Kalau melihat anda membawa barang yang banyak, dia akan menghulurkan tangan membantu.
18. Walaupun sendirian di rumah, dia sesekali tidak akan minum air dengan meneguknya terus dari botol minuman. Dia akan mencari gelas dan menuangnya untuk minum.
19. Lelaki gentleman tidak perlu di ajar kerana mereka tahu bila masanya wanita merajuk dan bila pula masanya wanita harus di pujuk.
20. Lelaki gentleman jika terpandang perempuan seksi ataupun sesuatu yang menjolok mata, dia tidak akan bersorak apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Dia tetap tenang.
21. Jikalau anda meminta dia membayar bil atau membeli sesuatu, dia tidak pernah gelapkan duit baki, sebaliknya dia akan menyerah setiap sen kepada anda.
22. Lelaki gentleman tidak akan mengungkit kisah lama anda, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua anda.
No comments:
Post a Comment