Friday, January 11, 2013

8 MAKANAN MENGEKANG NAFSU MAKAN...

Ramai yang banyak makan dek kerana tidak dapat mengawal nafsu makan yang besar. Tapi perkara penting bagi membantu menurunkan berat badan adalah mengurangkan nafsu makan.

Jika sukar mengawalnya, anda mungkin boleh menyelitkan makanan berikut kerana ia membantu mengurangi nafsu makan seterusnya membantu menurunkan berat badan.

EPAL


Semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air dan serat dapat menghasilkan signal kenyang di usus kecil. Buah epal adalah salah satu daripadanya. Setelah dicerna, epal menghasilkan hormon GLP-1 yang mengirimkan signal ke otak untuk memujuk anda berfikir bahawa perut sudah kenyang. Penyelidikan menunjukkan epal juga sangat efektif untuk menurunkan berat badan.

Amalkan makan sebiji buah epal berukuran sederhana 15 minit sebelum makan untuk membantu mengawal nafsu makan.

CILI MERAH


Penyelidikan mendapati bahawa setengah sudu kecil cili merah cincang yang dimasukkan kedalam makanan dapat mengurangi nafsu makan. Pakar nutrisi mendapati capsaicin iaitu sebatian yang berperanan untuk memberikan rasa panas dan pedas pada cili dapat mengurangi rasa lapar sambil meningkatkan tenaga.

RUMPAI LAUT


Pakar dari Belanda telah mendapati bahawa rumpai laut adalah serat makanan semula jadi yang dapat menghalang rasa lapar sehingga 30% dan terus berasa kenyang sehingga waktu petang.

TEH HIJAU


Menurut American Journal of Clinical Nutrition, teh hijau mengandungi katekin, iaitu zat yang dapat merangsang tubuh untuk membakar kalori dengan lebih banyak. Selain itu teh hijau juga mengandungi antioksidan tertentu yang diyakini memiliki kesan pada hormon leptin, iaitu hormon yang berfungsi untuk mengendalikan nafsu makan. Amalkan minum teh hijau antara tiga hingga enam cawan setiap hari bagi mempercepatkan tubuh membakar tenaga sel sehingga 40% disamping meningkatkan kadar pembakaran lemak.

TELUR

 Kualiti protein telur adalah yang tertinggi dari setiap produk makanan secara keseluruhan dan menurut rumusan ilmiah baru-baru ini, kandungan protein yang tinggi ini berperanan dalam mengawal berat badan.

Menerusi laporan dari Jurnal American College of Nutrition, makan dua biji telur dadar untuk sarapan menyebabkan anda akan makan kurang kalori untuk sisa waktu makan yang berikutnya. Jadi mulailah hari anda dengan sarapan telur bagi mencegah rasa lapar sehingga tiba waktu makan tengahari.

LIMAU NIPIS ATAU LEMON

Lemon mengandungi pektin iaitu serat larut semulajadi dan pembentuk gel yang dapat membakar lemak yang disimpan oleh tubuh dan melambatkan proses pencernaan sehingga anda berasa kenyang lebih lama.

Penyelidik Amerika Syarikat mendapati bahawa, asid lemon dan pektin dapat melambatkan penyerapan gula setelah makan dan menghindari gula darah rendah yang dapat mengakibatkan keinginan untuk makan. Vitamin C dalam lemon juga membantu untuk menghasilkan karnitin iaitu asid amino untuk mendorong tubuh membakar lemak.

AIR PUTIH

  
Sebuah kajian yang diterbitkan pada 2010 menyatakan bahawa minum air putih sebelum makan benar-benar dapat membantu untuk menurunkan berat badan.

BAWANG PUTIH

 
Para penyelidik baru-baru ini mendapati bahawa kandungan allicin pada bawang putih yang bertanggungjawab memberikan bau menyengat yang dapat merangsang pusat kenyang di otak sekaligus mengurang rasa lapar. 

Bawang putih juga merangsang sistem saraf untuk melepaskan hormon seperti adrenalin yang mempercepat kadar metabolisme sehingga tubuh membakar kalori lebih banyak. 

SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment