Tuesday, July 23, 2013

BAGAIMANA TERJADINYA HUJAN...




Gambar hiasan...

Hujan Terjadi Dalam Tiga Tahap 

Tahap pertama; awan-awan yang kecil ditiup angin. Tahap kedua; awan-awan kecil bergabung lalu membentuk awan yang lebih besar. Tahap ketiga; awan-awan itu kemudian bergerak ke atas, bahagian tengah kumpulan awan itu bergerak lebih kuat daripada bahagian tepi. Gerakan ke atas ini menjadikan awan-awan berkumpul secara menegak. Setelah berkumpul secara menegak, awan itu sampai ke bahagian langit atmosfera yang sejuk lalu awan bertukar menjadi titisan air dan mula jatuh dalam bentuk hujan.

Lihatlah dalam surah An-Nur ayat 43: "Tidakkah kau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis. Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan."   

Lihatlah bagaimana Allah menyatakan proses terjadinya hujan yang diperakui oleh ahli meteoroloji sendiri.

Ayat "Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya." menunjukkan kawasan gunung itu adalah tempat kawasan yang tinggi, iaitu kawasan sejuk. Hanya dari kawasan sejuk inilah terbentuk titisan hujan. Untuk membentuk titisan hujan, awan harus berada di kawasan tinggi, paling rendah ialah 2,000 meter dari aras laut dan paling tinggi ialah 4,000 meter dari aras laut.

Allah mencipta sekelian alam, sudah tentu Allah tahu lalu disampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk diberitahu kepada manusia sejagat. Surah ini turunnya di Madinah. Jika dikatakan isi kandungannya itu ciptaan Nabi Muhammad, bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu tentang kejadian hujan? sedangkan Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah mempelajari ilmu sains.

Dipetik dari buku Adakah kandungan Al-Quran itu benar?

No comments:

Post a Comment