Tuesday, July 23, 2013

KEBENARAN AL - QURAN...

 MARI KITA LIHAT KISAH FIR'AUN DAN NABI MUSA AS

Dalam Surah Yunus ayat 90-92, Al-Qur'an menyatakan bahawa pada suatu masa nanti MAYAT Fir'aun yang tenggelam sewaktu mengejar Nabi Musa as akan dikembalikan kepada manusia (dapat disaksikan dengan mata kepala) untuk menjadi bukti akan kebenaran dan kebesaran ayat-ayat Allah itu.

90. "Dan kami bawakan Bani Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah dari orang-orang  yang berserah diri (menurut perintah)".

91. (Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.

92. "Maka pada hari ini, Kami biarkan engkau (hai Firaun) terlepas dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang-orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar). Dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan tanda-tanda kekuasaan Kami!".

Allah tahu, zaman manusia tambah cerdik moden kelak, iaitu zaman kini, tentu orang tidak berapa percaya dengan kandungan Al-Quran, lalu Allah kekalkan mayat firaun sebagai bukti supaya mengesahkan kandungan Al-Quran itu bukan khayalan atau rekaan Nabi Muhammad.

Ayat yang mengisahkan tentang firaun dan Musa ini turun setelah 21 abad dari masa Fir'aun. Nabi Muhammad pun tidak berpeluang berjumpa firaun tetapi Nabi mampu menceritakannya. Nabi pun tidak tahu di mana terdamparnya tubuh Fir'aun. Tapi Nabi dapat bercerita tentang firaun masa lalu dan akan datang, yang peliknya percakapan Nabi Muhammad itu menjadi kenyataan kini.

Memang menakjubkan, setelah terpendam selama lebih kurang 40 abad, iaitu pada 6 Julai 1879 seorang ahli archeologi kafir telah berhasil menemui batang tubuh Fir'aun, dan hal penemuan ini sekaligus membukti akan kebenaran Al-Quran sebagai wahyu Allah, bukan ciptaan Nabi Muhammad SAW!

Penemuan mayat Fir'aun itu turut dicatitkan dalam buku sejarah Barat "The historian's History of The World vol.1 edisi 1926,

Ekspedisi pengkaji dari Jerman - di bawah pimpinan Emil Brugsch dan Ahmad Effendi Kamal itu, telah menjumpai mumia Fir'aun dalam wilayah Mesir. Allah pilih orang Kafir menemuinya, jika sekiranya pengkaji Islam yang menemuinya tentu orang kafir menuduh kajian dan penemuan itu palsu.

pada tarikh 16 Julai 1879 itu pasukan ekspedisi Jerman itu berjaya menemui puluhan mummi dari para firaun, termasuk mummi Rhamses II (Fir'aun) yang hidup pada masa Nabi Musa as, iaitu Pharaoh terbesar dan teragung dalam sejarah dinasti-dinasti Pharaoh di tanah Mesir.

Quran berkata, "Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.

Memang benar, mayat Firaun sudah dijumpai.

Maurice Bucaille seorang ahligeologi dan sejarah yang membuat kajian tentang mummia Fir'aun di Mesir. Dia dapati pada mummia Rhamses II itu ada keganjilan, iaitu kandungan garam yang sangat tinggi pada tubuhnya. Di samping membuat kajian sains, Maurice Bicaille turut membaca terjemahan Al-Quran, akhirnya Maurice mendapat jawapannya di dalam Al-Quran, terbukti bahawa mummia Rhamses II itu adalah Firaun yang dulu ditenggelamkan oleh Allah SWT ketika sedang mengejar Nabi Musa as.

Kitab Injil dan Taurat hanya menyebutkan bahawa Firaun Ramses itu tenggelam sahaja ; tetapi hanya Al-Quran sahaja yang menyatakan bahawa mayat Firaun itu akan diselamatkan oleh Allah SWT sehingga dia akan menjadi pelajaran bagi kita semua pada hari mendatang.

Nabi Muhammad hidup 3000 tahun selepas kejadian Firaun mengejar Nabi Musa dan tidak ada cara Nabi boleh tahu tentang selamatnya mayat Ramses II jika dikatakan dia meniru atau membaca dari Injil dan Taurat, kedua-dua kitab tersebut tidak menyatakan mayat Firaun itu diselamatkan. Allah sengaja menyelamatkan mayat Firaun supaya di zaman intelektual ini manusia dapat melihat bahawa kata-kata Allah dalam Al-Quran itu memang benar dan terbukti kebenarannya. Al-Quran memang firman dari Allah SWT dan bukan buatan Nabi Muhammad saw.

BOLEHKAH LAUT TERBELAH DUA?

Kisah laut terbelah dua ini terjadi di zaman Nabi Musa as. apabila baginda dikejar oleh Firaun. Kisah Nabi Musa ada dimuatkan di dalam Al-Quran dalam Surah Asy-Syura. Bermula dari ayat 60 surah tersebut dengan jelas diberitahu tentang laut terbelah dua.

60)  "Maka Fir'aun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit. 61) "Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa, "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan." (62) Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir ( akan berlaku yang demikian) sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya) Ia akan menunjuk jalan kepadaku" (63) Lalu kami wahikan kepada Nabi Musa: "Pukullah laut itu dengan tongkatmu" (setelah dipukul maka terbelahlah laut itu kepada beberapa bahagian) lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung besar.

Peristiwa Nabi Musa membelah laut ini bukan sahaja terdapat di dalam Al-Quran malah dalam kitab Taurat (Kristian) dan Zabur (yahudi) pun ada menceritakannya.

Kejadian ini sudah berlaku kira-kira 3,500 tahun yang lalu.

Lokasi kejadian ialah di teluk Aqaba, Nuweiba, Mesir. Jarak Teluk Aqaba ke tanah Arab ialah 1.8 kilometer. Kedalaman laut di teluk itu kira-kira 800 meter, lebar laluan laut yang terbelah dianggarkan kira-kira 900 meter. Seramai 600 ribu orang yang mengikut Nabi Musa dan mengambil masa selama empat jam.

Jika dibaca cerita ini, tentu kita kata mustahil untuk manusia biasa membelah laut , kecuali Nabi kerana dia dikurniakan mukjizat.

Oleh kerana orang Barat memang sifatnya suka mengkaji terlebih dahulu sebelum menerima bulat-bulat sebarang perkara. Maka seorang pengkaji sains Rusia iaitu Nauman Volzinger dan Alexei Androsow telah membuat satu model untuk menyiasat sama ada laut boleh terbelah atau tidak. Dalam model kajian mereka itu, mereka dapati bahawa tiupan angin yang kuat memang boleh membentuk laluan pada permukaan air. Dalam modelnya ditiupkan angin 30 meter sesaat yang bersamaan kelajuan sebenar 108 kilometer sejam, sebagai ribut sederhana. Kajian mereka itu telah disiarkan dalam majalah Akademi Sains Rusia pada tahun 2002.

Bukti peristiwa kejadian Laut Terbelah Dua itu telah terbongkar kebenarannya apabila seorang pakar arkeologi, Ron Wyatt, mendakwa telah menemui beberapa bangkai roda kenderaan perang purba di dasar Laut Merah. Dia percaya inilah bangkai kereta perisai Firaun tenggelam di dasar laut itu ketika mengejar Nabi Musa bersama pengikut-pengikutnya. Selain itu, Wyatt juga menjumpai beberapa tulang manusia dan tulang kuda di tempat yang sama.

Setelah diuji usia barang-barang purba yang dijumpai di dalam laut itu di Universiti Stockholm mereka mengesahkan bahawa tulang manusia, tulang kuda yang ditemui itu di anggarkan berusia sekitar 3,500 tahun yang lalu, sama dengan masa Firaun mengejar Nabi Musa melalui Laut Merah. Salah satu roda kereta kuda yang keseluruhannya telah tertutup oleh batu karang menyebabkan sukar untuk melihatnya dalam bentuk yang asli juga dijumpai menunjukkan roda tersebut sudah berada sekian lama di dasar lautan itu. Paling menakjubkan dan cukup menarik ialah penemuan keatas satu roda dengan empat jeriji yang diperbuat dari emas! Sememangnya Firaun menaiki kereta kuda yang diperbuat daripada emas. Setelah terbongkar semua ini adakah cerita yang dibawa oleh Nabi Muhammad dalam bentuk wahyu itu satu penipuan atau rekaan?

No comments:

Post a Comment