Tuesday, July 2, 2013

MARI BERKENALAN DENGAN PUSAT LATIHAN DAN REKREASI FELCRA TEBING TINGGI, JOHOR...

Di dalam artikel lepas yang bertajuk Kursus Pengukuhan Diri dan Konsep Asas Pengurusan Staf Ladang, aku ada menyebutkan tentang Pusat Latihan dan Rekreasi FELCRA Tebing Tinggi, Johor. di mana kursus itu diadakan. 

Pada artikel kali ini, aku ingin mencerita dan mengwarwarkan tentang kemudahan yang terdapat di Pusat Latihan ini dan mengharapkan kepada mereka yang masih tercari-cari sebuah pusat latihan untuk mengadakan aktiviti, mereka tidak terlepas pandang akan kewujudan Pusat Latihan ini.

Pusat Latihan dan Rekreasi FELCRA (PLRF) Tebing Tinggi terletak di KM 12, Jalan Segamat - Muar dan merupakan sebuah pusat latihan yang dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat FELCRA Berhad dan diuruskan oleh FELCRA Training And Consultancy Sdn. Bhd.(FTC) iaitu salah sebuah anak syarikat FELCRA Berhad yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Ia dibina pada tahun 1994 bagi menyediakan kemudahan-kemudahan latihan dan rekreasi yang berkualiti. PLRF berfungsi sebagai sebuah Institusi Latihan yang menyediakan pakej-pakej latihan, kursus serta aktiviti rekreasi yang boleh mengembangkan potensi sumber manusia kearah kecemerlangan serta mencapai potensi ilmu yang tinggi.

Pusat Latihan ini juga mempunyai kepakaran di dalam menyediakan kemudahan latihan dan rekreasi yang bermotifkan keuntungan dan memenuhi kehendak pelanggan. Ia menjadi pilihan kepada Syarikat-syarikat, Jabatan Kerajaan, Pertubuhan serta Persatuan jika mereka ingin mengadakan program latihan di sini.

Bagi mereka yang tinggal di Segamat dan sekitarnya, Pusat Latihan ini sentiasa menjadi sebutan dan kepada mereka yang pernah menggunakannya tidak pernah merasa kecewa dan berpuashati kerana mempunyai kemudahan yang lengkap serta prasarananya yang selamat dan bertaraf nasional serta harga yang berpatutan. 
     
Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
  1. Pn. Hjh Ruhana bt. Awang Hamat : HP : 0179085242
  2. Pn. Jamaliah bt Md. Amin : HP : 0197641125
  3. En. Mohd Afandi b. Baba : HP : 0126564323
  4. En. kamarul Ariffin b. Zainal Abidin : HP : 0127985708
  5. En. Toni b. Jaafar : HP : 0125347020
  6. Pejabat : 07-9372249, 2250 atau 2351
  7. Fax : 07-9371410
  8. Email : plrf_tt@yahoo.com


 
 Prasarana PLRF...


 
Pintu masuk ke PLRF...

 
 

  
Rumah Staf PLRF. 

 Pintu masuk Pejabat PLRF...
     



















5 comments:

  1. Wah,cantiknya Pusat Latihan sekarang.
    Tahniah FTC. Good job.

    ReplyDelete
  2. apa la dah lama tak pergi ke tebing tinggi.... FELCRA kerap manganjur kursus tapi tak nak pergi.......huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. patut la tak tahu.... tak pergi.....

    ReplyDelete
  4. berapa kos kalau nak buat program di sini?

    ReplyDelete
  5. Cantik apa sekarang dah jadi jurassis park

    ReplyDelete