Sekarang musim hujan. Sekolahpun dah nak bercuti panjang, ramai ibu bapa yang telah merancang untuk membawa anak-anak mereka berjalan dan melancung di dalam ataupun di luar Negara. Bagi yang berada, mungkin mereka lebih berminat keluar Negara. Tapi!!! tak kisahlah, ikut kemampuan masing-masing, yang penting, happy dan enjoy.
Bagi yang merancang nak melancung di dalam Negara dengan menaiki kereta, perlulah berhati-hati kerana hujan yang melanda Negara sejak 3 minggu yang lalu boleh menyebabkan perjalanan kita tergendala dan merbahaya terutama bagi mereka yang kurang berpengalaman memandu di dalam hujan lebat.
Jika kebetulan, semasa kita hendak memulakan perjalanan atau semasa kita sedang memandu menuju kedestinasi, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya, 8 tips di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk kita mengelak dari berlakunya kemalangan.
1. Elakkan menekan brek apabila kereta tergelincir- Ini boleh menyebabkan kereta terbabas. Cara terbaik ialah kawal pemanduan menggunakan stereng, namun ia hanya berkesan untuk kereta yang dipandu perlahan sahaja.
2. Kurangkan memandu di lorong paling kanan bagi mengelakkan percikan air apabila kenderaan dari arah berlawanan melalui lopak air. Ini bagi mengelakkan percikan air berkenaan menghalang pandangan ke depan, dan ia boleh menyebabkan risiko kemalangan meningkat sekiranya memandu laju.
3. Jika keadaan hujan semakin lebat dan keadaan gelap dan kabus mengganggu penglihatan, berhenti seketika di kawasan rehat bagi mengelakkan kecelakaan atau kemalangan.
4. Jangan memandu mengekori terlalu rapat dengan kereta hadapan. Ini akan membantu kita lebih bersedia untuk berhenti sekiranya kenderaan berkenaan menekan brek secara mengejut.
5. JANGAN menyalakan lampu kecemasan(hazard), kerana lampu itu sepatutnya dinyalakan apabila BERHENTI sahaja.
6. Selepas meredah jalan yang dinaiki air, elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dimasuki air, begitu juga dengan penunggang motosikal dan pejalan kaki yang akan terkena tempias atau percikan air.
7. Selepas meredah jalan dinaiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah.
8. Bagi mengatasi masalah ini, ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
- Gunakan gear 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
- Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
- Bagi kenderaan pacuan 4 roda, gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek.
- Uji tindakan di atas berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja.
- Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj.
- Sekiranya brek gagal berfungsi, ulangi proses di atas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.
Berhati-hatilah ketika memandu. 'PANDU CERMAT JIWA SELAMAT...'
No comments:
Post a Comment