PENDUDUK
kampung bersama malim gunung
mengangkat keranda Robbi Sapinggi untuk
dikebumikan di Kampung Kiau, semalam.
Robbi adalah malim gunung yang terkorban
dalam kejadian gempa bumi Jumaat lalu.
RANAU 7 Jun - Semua mangsa yang dilaporkan terkandas di
Gunung Kinabalu akibat gempa bumi pada Jumaat lalu disahkan terkorban.
Bagaimanapun seorang daripada mereka, Mohd. Khairuladzuan
Abdul, 39, dari Kuala Lumpur yang disenaraikan ‘hilang’ disahkan selamat dan
dilaporkan telah turun bersama kumpulan kedua pendaki pada awal pagi semalam.
ANTARA
mangsa yang terkorban akibat gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah. -
See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/semua-mangsa-disahkan-terkorban-1.100360#sthash.LEo4fETc.dpuf
ANTARA
mangsa yang terkorban akibat gempa bumi
di Gunung Kinabalu, Sabah.
Mengesahkan perkara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan
Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, seramai 16 mayat mangsa
telah dikenal pasti kerakyatannya iaitu enam rakyat tempatan, tujuh dari
Singapura serta masing-masing satu dari Filipina, China dan Jepun.
Menurut beliau, pihaknya mengklasifikasikan dua lagi mangsa
iaitu warganegara Singapura sebagai ‘hilang’.
“Kita jumpa lima mayat dan cebisan anggota mayat pada
operasi hari ini. Kesemua mayat itu telah dihantar menggunakan helikopter ke
Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu untuk bedah siasat.
“Dua mangsa yang diklasifikasikan hilang itu ialah guru dan
murid dari Tanjong Katong Primary School, Singapura,” katanya dalam sidang
akhbar di sini hari ini.
Yang hadir sama Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi
Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah.
Ditanya mengapa dua mangsa itu diklasifikasikan ‘hilang’
Masidi memberitahu, pasukan penyelamat gagal mengenal pasti identiti mangsa dan
dipercayai berada dalam cebisan mayat-mayat yang telah dibawa untuk bedah.
SEBAHAGIAN
anggota pasukan penyelamat bersiap sedia di Laban Rata
bagi membantu operasi
menyelamat dan mencari mangsa gempa bumi
di Gunung Kinabalu, Sabah, semalam.
Katanya, setakat pukul 4 petang, sebanyak enam beg mayat
mengandungi cebisan anggota badan mangsa telah dibawa ke HQE.
Dalam pada itu, ujar beliau, operasi mengesan dua lagi
mangsa yang diklasifikasikan hilang akan diteruskan oleh pasukan mencari dan
menyelamat esok.
Sementara itu, dua gegaran susulan berlaku di kawasan
Kundasang dan sekitar awal pagi ini dan 1.35 petang.
Pusat Kawalan Operasi di Timpohon Gate ditutup dan dibuka di
pekan Kundasang bagi memudahkan penyelarasan pelaksanaan operasi melalui
helikopter.
AHLI
keluarga murid Tanjong Katong Primary School, Singapura
tidak dapat menahan
kesedihan mengenangkan kejadian gempa bumi
yang meragut nyawa murid-murid
sekolah tersebut di Gunung Kinabalu.
Enam murid dan seorang guru antara 16 yang
disahkan terbunuh
dalam kejadian pada 5 Jun lalu. AFP
Sumber : Utusan Malaysia...
Good reading this post
ReplyDelete