Jika diizinkan Allah s.w.t. Tahun 2014, empat orang anak saudara aku akan melangsungkan perkahwinan mereka dengan pasangan masing-masing. Mohd Amin, yang tinggal di P. Pinang dengan pasangannya dari Kuala Nerang, Kedah, Atikah di Taiping, Perak dengan pasangannya dari Bandar Bharu, Kedah, Faiz di Kuala Lumpur dengan pasangannya dari Kulim, Kedah. Semuanya dari Kedah...Kedah...Kedah...Hidup Kedah...Hidup Hijau Kuning.
Semalam, seorang lagi anak saudaraku Farhana, melangsungkan pertunangan dengan pasangannya dari Semenyih, Selangor. Jangkanya mereka akan bernikah pada hujung tahun ini juga. Rekod tahun 2014 hampir menyamai rekod tahun 2007 kerana pada tahun itu, 6 orang anak saudaraku telah melangsungkan perkahwinan mereka. Salah seorang darinya juga bertemu jodoh dengan orang Kedah iaitu dari Sg. Petani.
Tahun ini nampaknya kami adik beradik akan berangkat ke negeri Kedah sebanyak tiga kali bagi meraikan majlis di pihak sebelah sana pula.
Dulu orang kata, anak dara negeri Kedah, hantarannya tinggi. lebih-lebih lagi kalau keluarganya banyak harta. Salah satu harta yang menjadi sebab anak dara Kedah tinggi hantarannya adalah kerana keluarga mereka mempunyai bendang (tanah sawah padi) yang luas. Kalau bendang kecik, kurang sikit lah hantarannya. Itu yang menjadi perbualan atau kerisauan kepada ibu bapa bila anak teruna mereka menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan anak dara dari negeri Kedah.
Kalau pihak lelaki dari golongan orang berada, tidaklah menjadi masalah sangat, tapi kalau ibu bapa yang kurang berkemampuan, silap-silap haribulan anak teruna mereka boleh gigit jari dan kempunan untuk hidup bersama dengan gadis idaman. Terpaksalah ibu bapa memujuk anak mereka itu supaya melupakan hasrat untuk mengahwini gadis dari golongan berada tersebut. Kalau berjaya dipujuk, ibubapa mereka akan berusaha untuk mencarikan calon isteri yang lain dan sesuai. Ini sudah tentulah dari kalangan saudara mara atau jiran sekampung yang tak kurang hebat dan cantiknya.
Namun di zaman ini perkara sebegini sudah jarang berlaku lagi sebaliknya ibu bapa akan bergolok gadai untuk memenuhi kehendak dan impian anak mereka itu. Harapan mereka ialah untuk melihat anak lelaki kesayangan hidup bahagia sehingga ke hujung usia. Lagipun anak-anak lelaki sekarang kebanyakan mereka berpendidikan tinggi dan fikiran mereka matang. Ibu bapa sudah banyak berkorban wang ringgit untuk memberi pendidikan kepada mereka di peringkat yang paling tinggi seboleh-bolehnya. Bila dah berjaya dan bergaji besar takkan nak harapkan ibu bapa tanggung juga. Jadi mereka perlulah berfikiran rasional dan menyimpan wang sebagai persediaan untuk berkahwin tanpa menyusahkan ibu bapa lagi.
Bagi dua orang kakak aku yang bakal menerima menantu orang Kedah, hantaran yang diletakkan oleh pihak perempuan tidaklah tinggi sangat dan sesuailah dengan kemampuan anak lelaki mereka. Lagipun kalau hantaran yang diminta tinggi bukanlah di sebabkan keluarga gadis itu dari golongan berada, tetapi faktor dan keadaan semasa yang semua orang sedia maklum. Sekarang bukan negeri Kedah saja hantarannya tinggi tapi semua negeri sama saja kerana harga barang-barang keperluan semuanya naik kecuali kangkung. Nasihat aku kepada mereka yang nak buat kenduri kahwin dan nak jimat belanja, masaklah sayur kangkung sahaja tetapi pelbagaikan resepi dan menu masakannya supaya tetamu tidak komplen sok sek....sok sek...mengumpat kat belakang...
Majlis pertunangan antara Farhana dan Fareez semalam 5 April 2014 diadakan di rumah Suraya iaitu salah seorang kakak Farhana yang tinggal di Sg. Buloh Country Resort. Ketibaan rombongan lelaki seramai hampir 40 orang dari Semenyih, Selangor kira-kira jam 12.30 tengahari disambut mesra oleh kami lalu mengiringi mereka masuk ke dalam rumah untuk sessi perbincangan. Ia diketuai oleh bapa dan ibu Fareez serta saudara mara dan jiran terdekat mereka.
Bagi pihak perempuan pula, tanggungjawab dalam perbincangan diserahkan kepada abang sulung Farhana iaitu En. Halim. Ia dibantu oleh bapa saudara mereka yang juga salah seorang abang aku iaitu abang Omar. Ayah Farhana iaitu abang Lah (abang ipar aku juga) tidak berapa sihat dan hanya diminta untuk membacakan doa sahaja.
Setelah hampir satu jam perbincangan dijalankan dan telah mencapai kata sepakat, maka upacara menyarung cincin pun dilakukan oleh ibu pihak lelaki di jari pihak perempuan. Selesai menyarung cincin, sessi bergambar pula diadakan. Setelah itu doa penutup pun disempurnakan oleh Abang Lah. Selesai doa dibacakan maka semua hadirin dijemput untuk menikmati jamuan makan tengahari dan selepas itu rombongan lelaki berangkat pulang.
Saudara mara sebelah pihak perempuan...
Saudara mara dan rombongan dari pihak lelaki...
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh
Abang Lah (bapa Farhana) dan diaminkan oleh semua hadirin...
Barang-barang hantaran dari pihak lelaki...
Abang Omar (songkok) dan di kirinya Halim, iaitu
abang sulung Farhana yang mengetuai perbincangan...
Pelamin turut disediakan bagi menambah seri majlis...
Abang Lah (songkok) ayah Farhana...
Bapa pihak lelaki (songkok hitam)...
Barisan depan dari kiri: Aishah (ibu Farhana),
Suraya (kakak Farhana merangkap tuan rumah)
dan Ina kakak ipar Farhana...
Barisan depan dari kiri: Lida dan Zulfa
(kedua-duanya kakak Farhana)...
Farhana bakal pengantin lulusan Utem dan kini bertugas di KL...
Ibu Fareez menyarung cincin (cincin tanda)
di jari bakal menantunya Farhana...
Satu lagi cincin disarungkan iaitu cincin pertunangan...
Farhana bergambar bersama bakal ibu dan bapa mertuanya...
Dari kiri : Aishah (ibu Farhana), Abdullah (Abg. Lah, ayah Farhana),
Farhana dan bakal kedua ibu bapa mertuanya...
Farhana bersama kakaknya Zulfarizan...
Farhana bersama adik beradik Fareez...
Farhana bergambar bersama saudara mara Fareez...
Kakak ipar aku (Kak Siti Hajar) bersama Is...
Anak ketiga aku Asfarini bersama sepupunya Farhana...
Farhana bersama kakaknya Suraya...
Dari kiri : Norlida (kakak Farhana) dan anak gadisnya dihujung...
Emak dan ayah Farhana...
Abang Is dan Farhana...
Semua sibuk nak ambil gambar untuk kenang-kenangan...
Fareez dan Farhana...
Fareez, Farhana dan Zulfarizan...
Tanda dan simbolik cinta...
Majlis turut diserikan dengan kehadiran rakan-rakan Farhana...
Aku pun nak tumpang sekaki jugak bergambar dengan kakakku Aishah,
Abang iparku Abg. Lah dan anak saudara aku Farhana...
Keluarga bahagia...
Budak-budak tetap budak-budak, walaupun orang lain sibuk dengan majlis,
budak ni (tak taula anak sapa) tetap berada di dunianya tersendiri...
Ini semua adalah anak-anak abangku yang sulung iaitu Abg. Rani
Abg. Joe bertanggungjawab dalam menguruskan soal katering...
Abg. Omar dan isterinya Siti Hajar...
Diantara lauk pauk yang dihidangkan...
RAKAMAN VIDEO
Rakaman video ini kurang terang sebab
telah dikecilkan saiznya dari video asal...
RAKAMAN VIDEO
Rakaman video ini kurang terang sebab
telah dikecilkan saiznya dari video asal...
No comments:
Post a Comment