Sunday, April 13, 2014

PERTANDINGAN MEMANCING PRA MAHA 2014...

AJ bersama banner pertandingan 
yang menawarkan hadiah lumayan...
*********************************************
Diceritakan secara bebas oleh AJ (yang mengikuti pertandingan ini...)


Pertandingan memancing GP3 Pra-Maha 2014 telah diadakan di Tasik MAEPS, Serdang, Selangor pada hari ini (Ahad) 13 Mei 2014 jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Aku datang bersama keluarga untuk memberikan sokongan kepada birasku Borhan yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan pada kali ini.

Jumlah peserta yang mengambil bahagian adalah seramai 870 orang dengan jumlah joran sebanyak 1,000 batang (65 orang darinya telah mendaftar atas dua batang joran). Yuran penyertaan bagi satu joran ialah RM30 dan bagi dua joran pula ialah sebanyak RM50.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan :-
  • Juara = RM10,000
  • Naib juara = RM3,000
  • Tempat ke 3 = RM1,000
  • No. 4 - 10 = RM250
  • No. 11 - 17 = RM150
  • No. 18 - 24 = RM100
  • No. 25 - 30 = RM70
  • No. 31 - 80 = Hamper
Hadiah tempat pertama hingga ke 3 disampaikan oleh En. Mohamad Shaupi b. Derahman, (Timbalan Ketua Pengarah Perikanan) manakala hadiah-hadiah seterusnya disampaikan oleh Tn. Hj. Razali b. Lajis, (Pengarah Bahagian pengembangan dan Pemindahan Teknologi) dan Tn. Hj. Nik Wahab b. Mat Diah, (Pengarah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia). 

Kepada para pemenang diucapkan syabas dan kepada yang tidak berjaya diharapkan jangan berputus asa dan cuba lagi di lain kali.

Salam hormat dari saya, AJ.... 


Datang bersama keluarga. 
Barisan depan : Yati (adik ipar) bersama anaknya Amal
Barisan belakang anak-anakku : Alia, Rini dan Amsyar... 

Para peserta yang mengambil bahagian...






Seorang peserta diserang ulat bulu yang menyebabkan
badannya gatal-gatal. Beliau sedang diberikan
rawatan segera oleh Bob (birasku)...

Inilah ulat bulu yang menyerang beliau...

Anak saudara sebelah isteri : Ajib, 14 thn. (kiri) dan Azam, 16 thn.
Mereka sedang memasang umpan...
Semasa menyertai pertandingan memancing
di Taman Tasik Seremban 3 minggu lepas, 
Ajib menjadi juara dengan membawa pulang
hadiah wang tunai RM20,000...

Inilah gambar Ajib yang dihantar oleh ibunya Yati melalui WhatsApp 
yang menunjukkan beliau sedang menerima hadiah wang tunai RM20,000... 


Menunggu umpan dipagut dengan penuh sabar...



Pemancing-pemancing telah bersedia mengambil tempat
sejak pukul 6.30 pagi tadi. Mereka dikatakan telah menanda
tempat masing-masing selepas pendaftaran dibuat semalam...


Ada pemancing yang datang dengan ditemani isteri...

Penjual ais cream mengambil kesempatan di hari pertandingan 
dengan membawa pulang hasil jualan yang lumayan...





Sebahagian lagi datang bersama keluarga dan kawan-kawan 
Mereka menjadikan hari ini sebagai hari keluarga...




Kemeriahan sangat dirasakan pada hari ini
dengan kehadiran ramai pemancing...
Maklumat yang diperolehi dari urusetia ialah seperti berikut :
Individu 870 orang. 65 orang darinya mendaftar atas dua nama (2 joran)
Jumlah keseluruhan pemancing : 870 orang dan jumlah joran 1,000 batang... 




Tasik yang luas menyebabkan kita tidak terasa sebenarnya 
begitu ramai pemancing mengambil bahagian... 

Ini memberikan keselesaan kepada setiap pemancing yang beraksi...
Jika tasik ini kecil sudah pasti akan berlakunya tali pancing yang tersangkut 
antara satu sama lain sepertimana kebiasaannya...

Sambil memancing sambil bersilaturrahim....



Dua sahabat karib sehati sejiwa dengan 
minat yang sama dalam bidang memancing ikan...





Cuaca yang panas dan keletihan menyebabkan
peserta ini terlelap sekejap...

Kebanyakan gambar yang aku ambil di zoom dari jauh 
supaya tidak mengganggu konsentrasi pemancing...





























Peserta ini sedang menuju ke meja urusetia untuk 
menimbang seekor ikan yang dapat dipancingnya...

Di akhir pertandingan En. Ahmad Delmi diistiharkan
sebagai pemenang dengan membawa naik seekor ikan Temoleh
seberat 4.65 kilo pada jam 11.20 pg. Beliau membawa pulang
hadiah wang tunai berjumlah RM10,000...



Inilah ikan Temoleh seberat 4.65 kilo 
yang memberi tuah kepada En. Ahmad Delmi...




Mohd Faizal Abd. Malek berjaya menaikkan 
ikan keli seberat 2.03 kilo pada jam 12.30 tgh.. 
Beliau menduduki tempat ke 10 dalam pertandingan...


Inilah ikan keli seberat 2.03 kilo yang dipancing Mohd Faizal...

Mohd Shazrul pula menaikkan ikan patin seberat 2.81 kilo
pada jam 12.50 tgh.Beliau menduduki
 tempat ke 5 dalam pertandingan...


Inilah ikan patin yang dipancing oleh Mohd Shazrul seberat 2.81 kilo...

Pengacara majlis sedang membuat pengumuman memaklumkan
 bahawa masa pertandingan hampir tamat iaitu pada jam 1.00 ptg...

Family aku ni tetap ceria walaupun tidak mendapat seekor ikan pun. 
Walaubagaimanapun cabaran yang diberikan oleh Bob (biras aku)
 tetap menggerunkan kepada lain-lain peserta...

Inilah keputusan penuh pemenang
yang dikeluarkan oleh urusetia...

Adik ini mewakili ayahnya Abdullah Mustafa, 59 thn. yang mendapat tempat ke 3 
dengan menaikkan ikan Kap seberat 3.76 kilo pada jam 8.20 pg.
 dan memperolehi hadiah wang tunai RM1,000...
Tahniah dan syabas diucapkan...

Naib juara pula disandang oleh Mohamad Badri, 42 thn. yang berjaya
 menaikkan ikan Temoleh seberat 3.9 kilo pada jam 8.15 pg. 
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000...
Syabas dan tahniah diucapkan...

Juara pada kali ini dinobatkan kepada En. Ahmad Delmi, 56 thn. 
Beliau berjaya menaikkan ikan Temoleh seberat 4.65 kilo
pada jam 11.20 pg. dengan membolot hadiah wang tunai RM10,000.
Hadiah-hadiah tempat pertama hingga ke tiga disampaikan oleh 
En. Mohamad Shaupi b. Derahman,(Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan)

Pengacara majlis mengakhiri tugas dengan ucapan terima kasih
 dan harap berjumpa lagi pada pertandingan akan datang iaitu 
pada 4 Mei 2014 pada masa dan tempat yang sama...

Benih-benih ikan sedang dilepaskan sebagai 
persediaan pada pertandingan akan datang...




Semua ikan-ikan yang dipancing oleh peserta
telah dilepaskan semula ke dalam tasik...

4 comments:

  1. baguihh en mat..gmbr serta prog yg menarik..keep it up..

    ReplyDelete
  2. dapat merasai kemeriahan di sana melalui gambar yg banyak... thumbs up!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Terima kasih banyak bro gambar aku ada kat sini . Kat bawah payung kuning gambar atas sekali tu. Hehhehhehe tapi gambar aku masa timbang ikan dapat naik takda. Hehhehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Joe Aryan...
      Terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini...
      Sorry sebab tak sempat ambil gambar tuan masa timbang ikan kerana saya sibuk merakam gambar di kolam dan lambat tiba di meja urusetia.
      Apapun tahniah kepada tuan kerana dapat jugaklah ikan...Nasihat saya supaya tuan tidak berputus asa dan cuba lagi di masa akan datang....

      Delete