Thursday, November 10, 2011

GANJARAN MENGIMARAHKAN MASJID DAN TIGA KELEBIHAN SAIDINA ALI...



GANJARAN MENGIMARAHKAN MASJID.

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang wanita hitam bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan diri membersihkan masjid Rasulullah s.a.w.

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w . sedang ke perkuburan, baginda melihat sebuah perkuburan baru, maka Rasulullah s.a.w. bertanya, “Kuburan siapa ini, wahai para sahabat?” Mereka yang hadir disitu menjawab, “Ini kuburan Ummu Mahjan, ya Rasulullah.”

Rasululllah s.a.w. langsung menangis begitu mendengar berita tersebut, lalu baginda menyalahkan para sahabatnya. “Kenapa kamu tidak memberitahuku akan kematiannya supaya aku dapat menyolatinya?”

Mereka menjawab, “Ya Rasulullah, pada waktu itu matahari sedang terik sekali.”

Rasulullah s.a.w. terdiam sahaja mendengar jawapan tersebut. Lalu baginda berdiri dan solat kepada mayat yang sudah ditanam beberapa hari itu dari atas kuburnya, seraya bersabda, “Bila ada diantara kamu yang meninggal dunia, beritahukan kepadaku sebab orang yang ku solati didunia, solatku itu akan menjadi syafa’at baginya di akhirat.”

Sesudah berkata demikian, Rasulullah saw kemudian memanggil Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya, “Assalamualaikum ya Ummu Mahjan! Pekerjaaan apa yang paling bernilai dalam daftar amalmu?

Rasulullah saw diam sejenak. Tidak lama kemudian baginda berkata, “Dia menjawab bahawa pekerjaannya membersihkan masjid Rasulullah s.a.w. adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah Taala berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini sedang beristirehat di dalamnya.”
.................................................................................................................................

TIGA KELEBIHAN SAIDINA ALI.

Nabi s.a.w. pernah bersabda kepada Ali b. Ali Talib r.a, “Wahai Ali, Allah Taala telah memberikan tiga kelebihan untukmu. Pertama, kamu dikahwinkan dengan Fatimah, pemimpin wanita penduduk syurga, kedua, kamu dikurniai Al Hassan dan Al Hussain dimana keduanya menjadi pemimpin pemuda penduduk syurga dan ketiga menjadi menantu Muhammad, pemimpin umat yang terdahulu dan yang terakhir. Ini bukan suatu kesombongan.

No comments:

Post a Comment