Sunday, October 12, 2014

JEJAKI LALUAN TENTERA BERGAJAH...


Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah Abrahah yang cuba memusnahkan Kaabah lebih 1,400 tahun lalu.

Kitab suci al Quran, dalam satu bab menerangkan secara ringkas kisah mengenai tentera bergajah yang diketuai Abrahah Al Ashram, gabenor Yaman ketika itu.

Allah SWT memusnahkan Abrahah dan tentera, termasuk 13 ekor gajah dengan menghantar sekumpulan burung Ababil untuk menggugurkan batu-batu kecil ke atas mereka.

"Tiada batu yang mengena askar itu tetapi mereka terbakar dan hancur. Abrahah melarikan diri ketika badannya terbakar dan hancur sebelum mati dalam perjalanan pulang ke Yaman," kata ulama dan pentafsir al Quran terkenal abad ke 14, Ibnu Kathir.

Kumpulan penyelidik se­jarah itu melakukan perjalanan merentasi gunung dan laluan sukar, mengambil gambar mercu tanda penting, bermula di utara Najran, kemudian ke timur Asir sebelum meneruskan perjalanan ke timur Asir.

Antara tapak sejarah penting di sepanjang perjalanan itu ialah lakaran gambar gajah pada tembok Gunung al Qahr di tenggara Tathlith, perigi lama di Hafaer di timur Asir dan jalan berturap berhampiran Kara di daerah Aqeeq di wilayah Baha.

Ketua bahagian geologi di Universiti Raja Saud, Mo­hammed Al Amry, berkata, dia melihat laluan Abrahah dan tenteranya di Tathlith dan Baha.

"Kami melepasi kawasan berbatu dan terdapat tulisan dalam bahasa Humairiya di beberapa tempat di gunung sekitar daerah itu," katanya.

Menurut sumber sejarah Islam. Abrahah, penganut Kristian, merancang mendirikan gereja di Sanaa, sama seperti Kaabah di Makkah. Dia mahu penduduk Arab datang beribadah di Sanaa bukan Makkah dengan berharap dia dapat melencongkan kegiatan perniagaan bagi faedah Yaman.

Dia mengemukakan idea itu kepada Raja Habsyah ke­tika itu yang bersetuju dengan rancangan berkenaan. Abrahah membina gereja itu tetapi masyarakat Arab enggan melakukan ibadah di Sanaa.

la mencetuskan kemarahannya, mendorongnya membentuk pasukan tente­ra untuk menyerang Makkah dan memusnahkan Kaabah.

Dia menumpaskan semua tentera Arab ketika mara sehingga dia tiba di Makkah apabila dia dan pasukannya diserang burung Ababil yang dihantar Allah (SWT).

5 comments:

  1. Abrahah & tentera bergajah merancang...Allah jua ada perancanganNya...maka sebab-baik perancang adalah Allah Tuhan Yg Maha Esa...

    ReplyDelete
  2. Sempena peristiwa ini maka dinamakan tahun Gajah, thn kelahiran Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete
  3. Semoga kita mndpt iktibar darinya....

    ReplyDelete
  4. Tentera Zionis...Tentera Abrahah zaman moden....

    ReplyDelete
  5. Tkasih atas pkongsian maklumat....

    ReplyDelete