Al -Malikah, seorang primadona dari Bani Israel adalah seorang pelacur ‘kelas tinggi’. Upah khidmatnya mahal iaitu 100 dinar setiap kali perkhidmatannya. Dia memang cantik sehinggakan Abid tergila-gila kepadanya, tapi sayangnya, Abid tidak mempunyai wang yang cukup untuk menerima khidmat Al-Malikah.
Lantaran hati Abid yang sudah tergila-gila itu, diperas tenaganya untuk mengumpul wang sebanyak yang diperlukan. Primadona itu harus menyerah dalam pelukannya. Begitulah berazamnya Abid.
Setelah cukup dengan wang sebanyak 100 dinar , Abid datang menemui Al-Malikah pujaannya hatinya itu.
“Silakan masuk,” pelawa Al-Malikah manis. Mendengarkan sapaan pujaan hatinya itu, Abid melangkah kakinya masuk ke kamar Al-Malikah. Hari itu keinginannya akan terpenuhi kerana wang 100 dinar sudah berada di dalam sakunya.
Tetapi…apakah yang terjadi?
Entah bagaimana dengan tiba-tiba saja badan Abid menggeletar. Peluh dinginnya merecik keluar, malah ketika pelacur itu memeluknya, Abid berusaha melepaskan diri sambil berteriak, “lepaskan aku, dan ambillah wang 100 dinar itu,” sambil dia bangkit dari katil pelacur itu.
“Mengapa engkau tiba-tiba jadi begini?” Tanya Al-Malikah.
“Aku takut kepada Allah! Bagaimana nanti, aku akan mempertanggungjawabkan dengan perbuatan maksiatku ini!? “ Ujarnya.
Mendengar jawapan itu, terpegun Al-Malikah di katilnya. Nuraninya tersentuh oleh sikap lelaki yang berdiri di dekatnya. Satu peristiwa aneh yang tidak pernah dialaminya selama ini. Tanpa disedarinya, airmatanya mengalir di pipi. Terbayang olehnya sejuta dosa yang selama ini ditempa nya sebagai perempuan hina.
“Aku tertarik kepadamu. Jadikanlah aku isterimu.” Kata Al_Malikah tersedu.
“”Tidak! Aku akan meninggalkan tempat ini,” jawab Abid.
“Jangan pergi, kecuali kau berjanji akan mengahwiniku!”
“Baiklah,” ujar Abid singkat sambil meninggalkan kamar maksiat itu.
Sebaik saja Abid meninggalkan kamarnya, pelacur bernama A-Malikah ini sudah bertekad untuk meninggalkan kerja maksiat itu untuk selama-lamanya. Dia sudah menyesal dan ingin bertaubat.
Al-Malikah akhirnya melangkah keluar untuk mencari Abid, lelaki yang telah menyedarkan dirinya dari kekotoran dosa dan maksiat. Tekadnya sudah membulat. Dia mesti berkahwin dengan Abid yang beriman itu.
Al-Malikah menuju ke negeri tempat tinggal Abid dengan penuh debaran. Sebaliknya setelah bertemu, Abid kelihatan ketakutan. Lantaran ketakutan yang mendadak dan keterlaluan, menyebabkan Abid pengsan lalu meninggal dunia. Menangislah Al-Malikah menyaksikan lelaki pujaannya meninggal dunia sebelum sempat berkahwin dengannya.
“Gagal berkahwin dengan Abid, dapat saudaranya pun tidak mengapa!” pinta Al-Malikah dengan dorongan ingin menebus dosanya selama ini.
Seorang teman Abid memberitahu bahawa saudara Abid adalah lelaki miskin, dia khuatir Al-Malikah akan menyesal nantinya.
“Biarlah dia miskin, aku tetap ingin berkahwin dengannya sebagai memenuhi rasa cintaku kepada saudaranya,” kata Al-Malikah.
Jadilah Al-Malikah bekas pelacur yang insaf itu berkahwin dengan lelaki miskin. Allah telah membuka hati wanita itu dengan taufik dan hidayah-Nya.
Berbahagialah Al-Malikah, seorang primadona!
No comments:
Post a Comment