Thursday, May 12, 2011

POTRET KHAS UNTUK MU AJ.....



Petang tadi ketika aku berkemas-kemas segala fail-fail lama yang dibawa berpindah ke office baru, aku terjumpa satu lukisan yang merupakan potret wajah ku yang dilukis pada tahun 1985. Ketika itu aku sedang menjalankan tugas di office aku di Jalan Gurney , Kuala Lumpur (Sekarang Jalan Semarak). Semasa potret ini dilukis, aku berusia 24 tahun.

Orang yang bertanggungjawab melukis gambar ku ini ialah kawan setugas ku sendiri iaitu YM. Raja Abd. Halim. Beliau telah meletakkan jawatan pada tahun 1988 setelah mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan di Johor Bharu.

Mengimbau kenangan pada tahun 1985 iaitu kira-kira 26 tahun lalu, penampilanku seperti didalam potret itu ialah seorang yang berbadan kurus, berambut panjang, memakai baju berkotak-kotak dengan lengan panjang yang dilipatkan.

Pada tahun itu, aku bertugas di Cawangan Perjawatan, Ibu Pejabat. Diantara tugas utama aku ialah mengemaskini buku rekod perkhidmatan staf untuk di majukan ke JPA, Bahagian Pencen bagi mendapatkan kelulusan 'Taraf Pekerja Berpencen' selepas seseorang staf itu telah berkhidmat 10 tahun.

Sudah bertahun-tahun aku tidak bertemu dengan sahabatku Raja Abd. Halim ini dan aku yakin bahawa beliau masih lagi belum berumahtangga kerana aku dan kawan-kawan yang lain tidak pernah mendapat sebarang kad jemputan darinya. Mustahil beliau telah melupakan kami kerana persahabatan beliau dengan kami semua adalah seperti adik beradik.

Aku mendoakan semoga YM. Raja Abd. Halim beroleh kesejahteraan, di rahmati Allah, bertemu jodoh, dimurahkan rezeki serta didalam peliharaan Allah swt.

Amin!!! Ya Rabbal Alamin.....



Gambar- Gambar Kenangan Kami
Bersama YM. Raja Abd. Halim.
(Rakaman Pada Dis, 1986)

Dari kiri : Raja Abd. Halim, Sani dan AJ.

Bergambar bersama keluarga Mohd Fauzi Said di Kubang Semang, Penanti.
Berdiri dari kiri : Adik Fauzi, Fauzi, Sani, AJ, Raja Halim, Said (Ayah Fauzi).
Duduk : Ibu Fauzi no. 2 dari kiri serta adik beradik Fauzi.

Berdiri no. 2 dari kiri adalah
Sdra. Muhammudin (Mudin) Hj. Sairi

Bergambar di hadapan rumah Sepupu Fauzi
Dari kiri : Fauzi, AJ, Sani, Raja Halim dan sepupu Fauzi

(Kami kerumahnya kerana hendak bergunting rambut, dia yang gunting)

Fauzi sedang bergunting rambut manakala
Raja Halim (baju putih) dan aku menunggu giliran.

Bergambar ramai di Jambatan Pulau Pinang
sebelum bermandi manda di Batu Feringgi.
Memegang topi merah itu adalah Raja Abd. Halim

Dari Penanti, kami ke Burmese Pool, (Batu Hampar), Taiping
untuk mandi air terjun di kaki Bukit Larut.
Dari kiri : Fauzi, Sani, Raja Halim, AJ dan Mudin

Bersukaria mandi manda di Burmese Pool.
Singlet putih itu adalah Raja Halim manakala
yang seronok sangat kat bawah tu aku leeee... AJ...

Dari kiri : Mudin, Aj dan Sani

Gambar menunjukkan kami sedang mencari sesuatu...
Apa yang kami cari itu adalah rahsia kami berempat...

Gambar ini dirakam di rumah Norimah Rashid yang
berbaju putih didepan pintu (kini Allahyarhamah),
Majlis adalah sempena rumah terbuka Aidilfitri
yang beliau adakan di Taman Sri Ampang.

Berbaju merah tu adalah AJ dan disebelahnya
berbaju hijau tu adalah Raja Halim.


4 comments:

  1. mat rahsia tu bukan berempat tapi berlima he.he.he.

    ReplyDelete
  2. Abg Mat ingat tak?...sepjg perjlnan ke Penang tu...lagu yg sering dimainkan dlm kete ialah lagu Search-mentari diufuk Timur tu.,setiap Kali lagu berkumandang says akan teringat kenangan kita ke dan Penang....itulah antara moment terindah sepanjang hayat.....( diopis says skrg ada kawan yg Sudan berkawin teringin buat mcm kita dulu tapi sampai La ni talk berjaya sampai kami pecah department. Beza ialah dulu bujang sedangkan yg sekrg ramai dah kawin jadi payah skit.

    ReplyDelete
  3. Mula2 keje opus...hijau Sgt...keje sebagai budak pejabat..di cawangan pentadbiran dan perjawatan dibanglo bpJln Gurney memang mengujakan. Dlm bilik fail yg kecil jauh teeselindung dibelakang bertimbun Surat yg belum diminitkan. fail berlambak

    ReplyDelete
  4. Allah hu Akhbar... Rahsia?...biarlah rahsia-kata Dato" Siti, yang penting , misi kami berjaya'. Alhamdulillah...

    ReplyDelete